fbpx
Now Reading
Gelagat Ustaz Azhar Idrus & Peserta Perbarisan Ketika Sambutan Hari Kemerdekaan Undang Perhatian [Video]

Gelagat Ustaz Azhar Idrus & Peserta Perbarisan Ketika Sambutan Hari Kemerdekaan Undang Perhatian [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan ramai peserta yang menyertai perbarisan ketika sambutan Hari Kemerdekaan itu berlangsung tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama ustaz Azhar Idrus.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Untuk mendapatkan sebuah kemerdekaan bagi sesebuah negara seperti Malaysia bukanlah suatu perkara yang mudah.

Malah ada yang sanggup mati kerana berkorban untuk memerdekakan sesebuah negara sehingga kita berjaya mendapatkannya.

Oleh itu, setiap kali tibanya 31 Ogos pasti rakyat di negara ini tidak akan melepaskan peluang untuk meraikan Hari Kemerdekaan dengan mengadakan perarakan di setiap negeri.

Ketika perarakan ini berlangsung orang ramai dapat melihat perbarisan daripada pelbagai anggota seperti Bomba, Polis, Askar serta banyak lagi.

Ustaz Azhar Idrus tak lepaskan peluang turut serta raikan sambutan Hari Kemerdekaan

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus apabila beliau turut tidak melepaskan peluang untuk turun padang bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dipercayai di Terengganu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh anaknya Rasydan Rayyan, awalnya kelihatan pendakwah itu bersemangat merakam video ketika sekumpulan anggota Bomba lalu di hadapannya.

Lambai tangan sebelum bergambar dengan kumpulan anggota Bomba

Ustaz Azhar Idrus turut melambai tangannya untuk bermesra dengan anggota Bomba terbabit sebelum mereka berhenti di hadapannya.

Sebaik sahaja berhenti, mereka kemudian bersorak dan meminta ustaz Azhar untuk bergambar bersama-sama sebelum bergerak untuk meneruskan perbarisan.

Pendakwah itu dengan segera berjalan menuju ke arah kumpulan Bomba terbabit dan tersenyum untuk bergambar dengan mereka.

Apa yang lebih menarik, kelihatan kumpulan itu begitu gembira dan cuba untuk berada dekat agar wajah mereka turut dirakam dalam gambar tersebut.

@mik0chan__

Tahun ni bukan 3 bomba, satu squad datang🤣🤣🤣 #fy #fyp #fypシ

♬ CATWALK FLASH – Patrico Brown

TLDM tak lepaskan peluang siap pimpin tangan untuk bergambar

Bukan hanya kumpulan Bomba, skuad Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengannya.

Kelihatan salah seorang daripada anggota TLDM telah bertindak memimpin tangan pendakwah itu dan membawanya ke arah rakan-rakan lain untuk bergambar.

Beliau yang sedar menjadi perhatian ketika perbarisan itu turut dilihat ceria melayan telatah peserta perbarisan ketika sambutan Hari Kemerdekaan itu berlangsung.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh Rasydan turut kelihatan ada yang mengambil kesempatan untuk bersalaman dan melambai tangan kepada pendakwah itu.

Melihat di ruangan balas, ramai yang terhibur dengan gelagat pendakwah serta peserta perbarisan tersebut selain menyatakan beliau merupakan salah seorang ulama yang perlu dicontohi.

“Hati baik semua orang sayang, contoh salah seorang ulama yang patut kita ikut. UAI ulama yang baik”

“Terbaik, seronok tengok”

“Lepas ni UAI boleh masuk perbarisan sekali”

“Terbaiklah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.