fbpx
Now Reading
Lelaki Didakwa Curi RM22 Tabung Masjid Kerana Nak Beli Susu Anak, Businessman Tawarkan Peguam

Lelaki Didakwa Curi RM22 Tabung Masjid Kerana Nak Beli Susu Anak, Businessman Tawarkan Peguam

Menurut Datuk Seri Sunny Ung, difahamkan individu berkenaan awalnya dimarahi oleh ibunya (nenek) disebabkan tidak mempunyai wang untuk membeli susu dan keperluan lain anaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bergelar bapa pasti sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya meskipun terpaksa mengorbankan diri sendiri.

Malah sebagai bapa mereka cuba untuk melengkapkan setiap keperluan anak-anak hingga ada yang terpaksa mencuri meskipun tahu perbuatan itu salah di sisi undang-undang dan agama.

Tukang rumah didakwa mencuri wang tabung masjid RM22 sebab nak beli susu anak

Baru-baru ini, seorang tukang rumah telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 7 September yang lalu atas dakwaan mencuri wang tabung masjid berjumlah RM22 dipercayai kerana ingin membeli susu buat anaknya.

Ekoran daripada itu, ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Sunny Ung telah menawarkan perkhidmatan peguam bela kepada individu terbabit atau Orang Kena Tuduh (OKT) selepas merasakan dia perlu untuk mendapat pembelaan sewajarnya dalam kes berkenaan.

“Saya difahamkan, OKT melakukan perkara itu kerana mahu membeli susu untuk anaknya.

“Saya juga difahamkan, OKT tidak diwakili oleh mana-mana peguam dalam kes tersebut, disebabkan hal itu, saya menawarkan khidmat peguam Tetuan Ahmad Deniel Ruben & Co yang mana segala kos akan saya tanggung sepenuhnya,” ujar ahli perniagaan itu sewaktu dihubungi oleh Kosmo.

Dimarahi ibu kerana tiada duit, punca lelaki bertindak untuk mencuri

Menurutnya, beliau difahamkan individu itu dimarahi emak kerana tidak mempunyai duit untuk membeli susu serta barangan keperluan lain buat si anak sehingga menyebabkan dia nekad bertindak untuk mencuri.

“Saya juga berpendapat kes ini boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu membawa ke mahkamah memandangkan OKT berada dalam keadaan terdesak.”

Sebelum ini, tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu terhadap pertuduhan mencuri wang tabung di sebuah masjid tiga bulan lepas.

Susulan itu, Majistret Noor Mazrinie Mahmood kemudian telah menetapkan tarikh 26 September ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap individu dikenali sebagai Suhaidi Abdul Hamid.

Dia didakwa mencuri wang di dalam tabung masjid terbabit pada jam 9.15 malam, 27 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.