fbpx
Now Reading
Suspek Dera Budak 6 Tahun Di Jempol Kini Ditahan Pihak Polis [Video]

Suspek Dera Budak 6 Tahun Di Jempol Kini Ditahan Pihak Polis [Video]

Kanak-kanak berusia enam tahun itu mendedahkan ibu tiri dan bapa kandungnya hanya memberinya hidangan nasi berlaukkan garam, serbuk hitam dan cili di rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes penderaan kanak-kanak sekali lagi menjadi topik perbualan selepas tularnya satu video di media sosial menunjukkan keadaan tubuh badan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya.

Perbuatan itu terbongkar apabila kanak-kanak berusia enam tahun itu nekad melarikan diri berseorangan dari rumahnya selepas dikatakan tidak tahan lagi menjadi mangsa dera.

Mangsa Dedah Dipaksa Makan Nasi Dicampur Cili, Garam Dan Lada Hitam

Menerusi video yang tular, kanak-kanak itu menceritakan dia pernah ditumbuk oleh ibu tirinya di bahagian mata sehingga wujud kesan lebam ketika ayahnya bertugas di Melaka.

Bukan itu sahaja, bapanya juga pernah mencampak kanak-kanak berkenaan ke lantai dan merotan anaknya kerana mengambil burger yang dibeli oleh ayahnya.

Lebih menyedihkan lagi, anak itu mendedahkan mulutnya mempunyai kesan luka kerana diberi makan nasi berlaukkan garam, serbuk hitam dan cili di rumah.

Selepas apa yang berlaku kepada dirinya, kanak-kanak itu mengakui dia tidak mempunyai kekuatan lagi untuk terus didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya sebelum bertindak keluar dari rumah melalui pintu dapur.

Anak itu dipercayai telah pergi ke rumah gurunya dan menceritakan perkara yang berlaku.

Netizen Bengang Dengan Tindakan Ibu Bapa Yang Dera Kanak-kanak Ini

Rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dengan tindakan kejam oleh ibu tiri serta bapa kandung kepada kanak-kanak ini.

Pada masa yang sama, mereka turut berasa sedih melihat keadaan tubuh badannya yang dipenuhi dengan kesan-kesan luka akibat didera.

Ramai netizen berpendapat mereka sepatutnya bersyukur telah dikurniakan zuriat dan perlu menjaganya dengan baik kerana terdapat pasangan suami isteri yang perlu melalui pelbagai cabaran untuk mendapatkan cahaya mata.

Sumber: Twitter

Ibu Tiri Dan Bapa Kandung Disyaki Dera Kanak-kanak Kini Ditahan Oleh Pihak Polis

Ketua Polis Daerah Jempol Supritendan Hoo Chang Hook menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook pada Rabu lalu (13 September) memaklumkan pihak mereka telah menerima laporan daripada orang awam berhubung kes ini.

Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa telah didera sejak bulan Mac 2023.

Mangsa telah dipukul oleh ibu tiri dan bapa kandung menggunakan tangan, menendang, merotan dan menggunakan senduk kayu. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Pilah bagi menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Jempol Supritendan Hoo Chang Hook.

Doktor turut mengesahkan kanak-kanak itu mengalami pelbagai kecederaan pada tubuh badan.

Susulan itu, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan ke atas kedua-dua suspek dan ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membolehkan pesalah dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.