fbpx
Now Reading
Budak Darjah Tiga Cedera Dipukul Ibu Tiri, Gara-Gara Tak Faham Latihan Yang Diajar

Budak Darjah Tiga Cedera Dipukul Ibu Tiri, Gara-Gara Tak Faham Latihan Yang Diajar

Menurut PDRM, hasil pemeriksaan fizikal terhadap mangsa terdapat 11 kesan pukulan, lebam dan juga luka di bahagian badan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang kanak-kanak darjah tiga mengalami kecederaan di bahagian badan dipercayai dipukul ibu tiri hanya kerana tidak faham latihan yang diajarnya pada 8 Julai lalu.

Kecederaan yang dialami oleh pelajar berkenaan disedari oleh seorang guru lelaki di sekolahnya sekitar jam 8 pagi pada 10 Julai (Isnin).

Ianhya selepas pelajar berkenaan mengadu rasa sakit di bahagian belakang badan semasa waktu perhimpunan berlangsung di sekolah.

Terdapat kesan lebam teruk dan luka di bahagian belakang badan

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah guru wanita kemudian membuat pemeriksaan terhadap kanak-kanak berkenaan dan mendapati di bahagian belakang badan pelajar itu terdapat lebam yang teruk serta luka di beberapa bahagian sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis.

“Hasil pemeriksaan fizikal terdapat 11 kesan pukulan, lebam dan luka pada bahagian badan mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek.

“Selain itu terdapat juga kesan lebam pada bahagian lengan tangan kanan dan kiri serta kesan lebam di kedua-dua paha,” ujarnya dipetik Sinar Harian.

Dipukul dengan rotan dalam bilik solat, bukan kejadian pertama

Siasatan awal yang dilakukan terhadap pelajar berkenaan mendapati dia telah dipukul dengan rotan di dalam sebuah bilik solat di kediaman kerana gagal memahami latihan yang diajar oleh ibu tirinya itu.

Ujarnya, mangsa turut mengakui bahawa sebelum ini dia pernah dipukul menggunakan objek sama tetapi tidak teruk seperti insiden yang berlaku.

Anak bongsu hasil perkahwinan bapa dengan arwah ibu

Pelajar yang juga adik bongsu daripada dua adik beradik merupakan anak hasil perkahwinan bapanya dengan arwah ibu.

Selain itu, pelajar terbabit mempunyai seorang kakak yang berumur 15 tahun yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) lembam.

“Kejadian berlaku terhadap mangsa telah dilihat oleh kakaknya sementara ayah mangsa keluar bekerja sebagai pembantu kedai hardware (perkakasan),” jelasnya.

Suspek direman selama empat hari

Suspek kemudiannya ditahan dan hasil semakan ke atas suspek mendapati tiada sebarang jenayah lampau direkodkan.

Dia direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Dungun, Terengganu bermula 11 Julai hingga 14 Julai.

“Kita telah mengeluarkan Borang Pol 59 (polis) kepada mangsa untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Dungun.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.