fbpx

Air Gas Jadi Kegemaran, Wanita Hidap Kencing Manis Hingga Hilang Sebelah Kaki [Video]

Menurut Asmariham air gas telah menjadi kegemarannya dan pantang jika melihat air berkarbonat terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan negara kita mempunyai pelbagai jenis makanan dan minuman daripada pelbagai negara.

Sebut sahaja apa jenis makanan dan minuman yang diinginkan pasti ia mudah untuk didapatkan. Malah jika anda seorang pengemar makanan atau minuman manis pelbagai manisan yang dapat memuakan keinginan anda.

Walau bagaimanapun, dalam kita menikmati setiap makanan yang disukai ia perlulah berpada-pada kerana sesuatu yang berlebihan boleh mendatangkan pelbagai penyakit pada tubuh badan contohnya darah tinggi, radang usus, jantung, kencing manis serta banyak lagi.

Wanita hidapi kencing manis sejak usia 26 tahun

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang wanita yang telah kehilangan sebelah kaki disebabkan mengalami masalah kencing manis sejak berusia 26 tahun.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @kedidikakipalsu di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Asmariham berasal dari pantai timur itu memaklumkan dahulu dia sering minum air gas atau berkarbonat malah minuman itu menjadi kegemarannya.

“Akak pantang nampak je air gas tak nak minum air biasa, air gas tu memang kegemaran.

“Masa kena kencing manis tu pun pergi menziarah ketika Hari Raya minum air gas dan makan banyak biskut raya. Ketika nak balik dari Hari Raya tu nak lintas jalan mata tak nampak dan kabur ketika tu berusia 26 tahun,” jelasnya.

Gula dalam darah terlalu tinggi

Jelasnya, keesokan hari itu dia kemudian pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan dan bacaan gula dalam darahnya sangat tinggi iaitu 26.

Namun kakinya terpaksa dipotong pada tahun 2021 ketika Covid-19 melanda negara semasa berusia 45 tahun.

Kedidi Kaki Palsu yang juga menyediakan bantuan kaki palsu kemudian bertanya bagaimanakah keadaan mata wanita itu selepas kakinya dipotong.

Penglihatan semakin baik lepas kaki dipotong

Dia kemudian menyatakan penglihatannya jelas dan tidak lagi kabur selain sudah tidak mengambil minuman manis.

“Setakat potong kaki ni okay pula, sebab kita pun tak minum manis apa dah kan,” jelas wanita itu.

Bersyukur kerana diberikan bantuan

Dia bagaimanapun berterima kasih kepada penaja PruBsnPrihatin kerana telah memberikan kaki palsu. Bukan hanya itu, dia juga kini telah berlatih untuk berjalan menggunakan kaki tersebut secara perlahan-lahan.

“Akak nak ucap terima kasih banyak-banyak tanpa bantuan ni mungkin akak tak boleh berjalan.

“Kita nak beli kita takda (duit), kita orang tak mampu, ada ni (bantuan) alhamdulillah rezeki semoga Allah membalas rezeki bersyukur banyak,” katanya lagi.

Ramai doakan dipermudahkan urusan

Melihat di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.

Tidak kurang juga ada yang saling mengingatkan agar tidak mengambil minuman manis untuk kesihatan diri.

Kencing manis boleh rosakkan keupayaan tubuh badan

Untuk makluman kencing manis atau diabetes merupakan masalah kronik yang merosakkan keupayaan tubuh dalam memproses glukosa darah atau gula dalam darah.

Penyakit ini berlaku disebabkan tubuh tidak menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan secara berkesan, lapor Hello Doktor.

Sekiranya ia tidak dikawal, penyakit ini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan sistem saraf, mata, buah pinggang, jantung dan juga strok.

“Kuih-kuih pun manis juga. satu lagi susu pekat kena elak tu”

“Jika mampu, elak susu pekat manis dan ganti dengan susu tepung. Kurangkan gula jika tak mampu minum teh atau kopi O saja”

“Semoga dipermudahkan urusan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.