fbpx
Now Reading
Makan Kulit Babi Sambil Baca Bismillah, Lina Mukherjee Dipenjara Dua Tahun

Makan Kulit Babi Sambil Baca Bismillah, Lina Mukherjee Dipenjara Dua Tahun

Peguam yang mewakili Lina berkata anak guamnya akan mempertimbangkan keputusan mahkamah itu, sama ada mahu mengekalkannya atau membuat rayuan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Negeri Palembang, Indonesia hari ini (20 September) menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kepada influencer, Lina Mukherjee berhubung videonya memakan kulit babi sehingga mencetuskan kecaman dalam kalangan masyarakat.

Ketua Majlis Hakim, Roni Sinatra berkata, tindakan Lina itu telah melanggar undang-undang negara selain menyatakan wanita itu sengaja mencari perhatian dengan memuat naik video berkenaan ke dalam media sosial miliknya.

“Seperti yang diputuskan, Lina Mukherjee bersalah kerana memuat naik video yang tidak sepatutnya. Sebagai rakyat Indonesia, Lina seharusnya menjaga sensitiviti masyarakat kita yang majoritinya beragama Islam.

“Sehubungan itu, Lina dikenakan hukuman penjara dua tahun,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Lina turut didenda 259 juta rupiah (RM76,316)

Selain hukuman penjara, Lina juga diperintah membayar denda sebanyak 250 juta rupiah (RM76,316) dan sekiranya gagal melunaskannya, hukuman penjara akan ditambah selama tiga bulan.

Dalam pada masa sama, beberapa barangan milik Lina seperti telefon pintar turut disita.

Lina akan pertimbangkan keputusan mahkamah, kekalkan atau buat rayuan

Sementara itu, peguam yang mewakili Lina berkata anak guamnya akan mempertimbangkan keputusan mahkamah itu, sama ada mahu mengekalkannya atau membuat rayuan.

Lina dalam pada itu juga berkata dia terima keputusan tersebut dan menyesali akan perbuatanya itu.

“Tindakan saya sudah mendapat balasannya, saya pasrah dengan apa yang berlaku,” kata Lina.

Tular video Lina makan kulit babi sambil baca Bismillah dan menyebut kalimah Allah

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila wanita itu memuat naik videonya memakan kulit babi bersama nasi putih sambil membaca Bismillah dan menyebut kalimah Allah dimulutnya.

Perbuatan Lina itu yang dilakukan secara terang-terangan telah menaikan kemarahan ramai pihak terutamanya umat Islam.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.