Tahi Cicak Boleh Batalkan Wuduk? Ini Penjelasan Dr Zul
Menerusi rangkaian media sosial rasmi Maktabah Al Bakri milik beliau, Dr Zul menjelaskan bahawa terkena atau terpijak tahi cicak mahupun najis-najis lain tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dalam Islam, kebersihan menjadi perkara utama yang amat dititik beratkan terutama ketika melakukan ibadah.
Selain memastikan persekitaran berada dalam bersih dan bebas daripada najis, individu juga perlu memastikan diri sendiri turut berada dalam keadaan sedemikian terutama ketika mendirikan solat.
Namun begitu, wujud persoalan oleh sesetengah pihak tentang najis seperti tahi cicak. Ada segelintir individu yang beranggapan tahi cicak boleh membatalkan wuduk namun ada juga yang menganggap ia tidak membatalkan air sembahyang seseorang.
Tahi Cicak Tidak Batalkan Wuduk
Menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung perkara ini, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri merungkai persoalan yang diajukan oleh segelintir pihak mengenai hukum terkena tahi cicak.
Menerusi rangkaian media sosial rasmi Maktabah Al Bakri milik beliau, Dr Zul yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa terkena atau terpijak tahi cicak mahupun najis-najis lain tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk.
Ini kerana menurut beliau, wuduk seseorang walaupun terkena najis masih sah dan tidak terbatal.
Perlu Pastikan Baju Dibersihkan Dahulu Sebelum Solat
Namun, sekiranya individu itu mahu mendirikan solat, dia perlu memastikan bahawa pakaian atau tempat yang terkena najis itu dibersihkan terlebih dahulu.
“Walau bagaimanapun, jika dia ingin mendirikan solat, maka perlulah dipastikan bahawa pakaian atau tempat yang terkena najis itu dibersihkan terlebih dahulu sebelum mendirikan solat.
“Hal ini kerana di antara syarat sah solat ialah bersih daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat,” terang beliau menerusi laman web berkenaan.
Tambah beliau, tahi cicak merupakan kategori najis mutawassitah. Jadi individu dinasihatkan untuk membersihkan najis tersebut dengan menghilangkannya serta mencuci sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Perlu Bersihkan Tahi Cicak Di Ruang Solat
Menurut Dr Zul lagi, sekiranya tahi cicak berada di dalam ruang solat atau masjid, individu perlu membersih serta membuang tahi berkenaan sekiranya terpijak kerana dikhuatiri boleh merosakkan solat.
Walau bagaimanapun, sekiranya najis berkenaan sukar untuk dielakkan dan terlalu banyak, ia tidak anggap boleh merosakkan solat kerana najis itu dimaafkan dan tergolong dalam ‘Umum al-Balwa iaitu keadaan di mana keadaan najis susah untuk dikawal dan dielakkan.
Benarkah cakap-cakap orang bahawa tahi cicak membatalkan wudhu? https://t.co/VtxVM99r26
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) September 25, 2023
Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Jika Makan Makanan Yang Dimasak Oleh Orang Bukan Islam
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Persoal Hukum Makan Telur Buaya, Ini Penjelasan Dr Zulkifli [Video]