fbpx
Now Reading
Satu Perbuatan Tajassus, Dr Zulkifli Kongsi Hukum Sebarkan Sesuatu Aib Di Media Sosial

Satu Perbuatan Tajassus, Dr Zulkifli Kongsi Hukum Sebarkan Sesuatu Aib Di Media Sosial

Daripada sudut istilah, mencari dan menyebarkan sesuatu aib ditakrifkan sebagai ‘tajassus’ yang merujuk kepada perkara tidak elok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan media sosial tidak lagi asing dalam kehidupan seharian. Mana tidaknya, kadangkala media sosial merupakan platform di mana seseorang itu mencari sumber rezeki.

Bahkan, ramai di kalangan masyarakat yang menggunakan media sosial untuk menambah ilmu baru, berkongsi tentang kehidupan masing-masing dan memuat naik isu trending pada ketika ini.

Namun sejak kebelakangan ini, rata-rata platform media sosial dilihat semakin toksik di mana ramai netizen menggunakannya untuk sebarkan keburukan, kebencian serta memfitnah antara satu sama lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Fitnah!” – Tular Dakwaan Pemandu Bas Bercumbu, Penumpang Wanita Tampil Jelas Hal Sebenar


Cari & Sebarkan Aib Seseorang Adalah Tajassus

Disebabkan penyebaran aib dilihat semakin berleluasa, bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi akaun X miliknya telah tampil memberikan pendapat beliau tentang perkara tersebut.

Jelas beliau, keinginan untuk berkongsi, mencari dan menyebarkan aib seseorang individu merupakan perbuatan ‘tajassus’.

Menurut penerangan almarhum Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili, ‘tajassus’ dari sudut istilah bermaksud, “Mencari-cari keaiban dan mendedahkan apa yang telah disembunyikan oleh manusia.”

Kata Pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis Ustaz Mohamad Abdul Kadir di YouTube pula, perkataan ‘tajassus’ kebiasaannya digunakan untuk merujuk kepada sesuatu perkara yang tidak elok.


Hukum Tajassus Dalam Islam

Berbalik kepada konteks asal, hukum amalan perbuatan tajassus adalah haram di sisi agama Islam seperti mana firman Allah SWT:

“وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا”

Maksudnya: Dan janganlah kalian melakukan tajassus serta janganlah kalian saling mengumpat antara satu sama lain.

[Surah Al-Hujurat: 12]


Reaksi Netizen Terhadap Perkongsian Dr Zulkifli Tentang Sebarkan Aib

Menjengah ke ruangan balas hantaran itu, ramai juga di kalangan warganet dilihat bersetuju dengan apa yang dibahaskan oleh Dr Zulkifli.

Seorang individu berkata adalah penting untuk menjaga aib sendiri walaupun dalam kalangan kenalan rapat.

“Aib, apa-apa jenis dosa yang kau buat, perlu disimpan seorang diri. Allah SWT suruh untuk tidak sebarkan aib sesiapa, tetapi kau senang-senang sebarkan air sendiri,” kata seorang wanita.

Selain itu, ada yang berpendapat bahawa amalan bergosip dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan orang ramai khususnya pengguna laman X.

“Perbuatan yang paling dinormalisasikan oleh warga X, bak kata orang jawa, spill the tea”, jelas seorang netizen.

Sementara itu, ada juga menyifatkan sikap manusia yang suka ‘play victim’ mendorong seseorang untuk berkongsi dan menyebarkan aib di khalayak umum.

“Lebih-lebih lagi manusia yang suka play victim. Apa sahaja cerita orang lain yang bersangkut paut dengan kisah sendiri, mesti mereka akan menggalakkan untuk berkongsi dan menyebarkan,” ujar seorang warganet.

Sumber: X (@drzul_albakri)

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Puji, Kita Buka Aib Pula” – Ibu Ayah Perlu Henti Sikap Malukan Anak Di Hadapan Orang

Baca Artikel Berkaitan: Gambar Aib Tersebar? Prof Cadangkan Buat Laporan, Demi Bantu Pulih Emosi Yang Tak Stabil

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.