fbpx

Suami Berdosa Jika ‘Like’ Gambar Perempuan Lain, Kata Ustaz Azhar Idrus [Video]

Seseorang itu tidak berdosa sekiranya tanda ‘like’ ditekan atas sebab suka dengan isi kandungan hantaran yang dimuat naik oleh wanita lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui, perkembangan teknologi sememangnya memudahkan kehidupan seharian terutama sebagai medium perhubungan yang cepat dan pantas.

Antara platform media sosial yang sering menjadi pilihan dan digunakan oleh kebanyakan individu di serata dunia adalah seperti Facebook, TikTok, Twitter (X) dan Instagram.

Platform ini bukan sahaja bertindak sebagai medium perhubungan malah ia juga menjadi tempat bagi sesetengah individu untuk berkongsi pendapat, aktiviti harian dan gambar.

Namun dalam zaman yang serba canggih ini, sebagai seorang muslim, kita seharusnya berhati-hati terutama dalam menggunakan media sosial.

Ini kerana kemungkinan perbuatan yang dianggap biasa boleh menjadi satu kesalahan dalam agama.

Berdosa Like Gambar Perempuan Di Media Sosial

Menerusi satu video ceramah yang dimuat naik di akaun rasmi pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, beliau menjelaskan mengenai hukum seorang suami meninggalkan tanda suka atau ‘like’ kepada gambar perempuan yang tidak menutup aurat.

Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI tampil menjelaskan hukum berkenaan ketika diajukan soalan yang bertanyakan hukum perbuatan tersebut dalam satu majlis.

Menurut UAI, berdosa hukumnya bagi seorang suami yang menekan tanda suka kepada gambar wanita lain di media sosial atas sebab kecantikan wanita itu.

Namun, ia tidak berdosa sekiranya tanda suka itu ditekan atas sebab suka dengan isi kandungan hantaran yang dimuat naik oleh pengguna media sosial berkenaan.

“Inilah masalah media sosial. Kalau suami ‘like’ itu sebab perempuan itu cantik, mendedahkan aurat, maka berdosa.

“Tapi kalau dia ‘like’ itu bukan kerana aurat itu, tetapi kerana apa yang perempuan itu ucapkan itu betul, contohnya wanita itu berikan resipi makanan dan dia tidak tutup aurat.

“Jadi bila dia ‘like’ dia bukan ‘like’ perempuan itu tak tutup aurat, dia ‘like’ resipi. Maka tidak berdosa,” katanya.

Nasihat Para Suami Elak Buat Perkara Yang Boleh Timbulkan Keraguan Isteri

Walaubagaimanapun, UAI turut menasihatkan para suami agar meninggalkan perkara yang meragukan dan tidak perlu memberi tanda suka kepada gambar wanita lain bagi mengelakkan fitnah.

“Kemudian pula bini dia cemburu tengok. ‘Aku disuruh tutup aurat, perempuan lain dia pakai ketat dia pergi like’. Apabila begitu terjadilah keraguan benda yang meragukan.

“Maka sebaiknya tak usah ‘like’ kerana dia menyebabkan isteri kita rasa ragu. Nabi kata kalau meragukan, tinggalkan perkara itu,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: Haram & Berdosa Besar Jika Lelaki Mengurat Isteri Atau Tunang Orang Lain – UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Makhruh Hukum Letak Nama Anak Tanpa Makna, Kata UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Patung Hanya Untuk Mainan Kanak-kanak” – UAI Dedah Haram Orang Dewasa Tidur Dengan Teddy Bear

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.