fbpx
Now Reading
Makhruh Hukum Letak Nama Anak Tanpa Makna, Kata UAI [Video]

Makhruh Hukum Letak Nama Anak Tanpa Makna, Kata UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, ramai ibu bapa yang terlepas pandang soal hukum dengan memberikan anak mereka dengan nama yang tiada maksud hanya kerana mahu mengejar panggilan moden.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anak merupakan anugerah terindah dan penyeri buat setiap pasangan suami isteri. Oleh sebab itu, kehadiran mereka ke dunia amat dinanti-nantikan.

Sebagai ibu bapa, pasti kebanyakan daripada kita telah menyediakan nama yang sesuai dan bakal membawa maksud tertentu sebagai menyambut kelahiran mereka.

Namun, masih ada sikap segelintir ibu bapa yang meletakkan nama tanpa meneliti maksudnya terlebih dahulu.

Makhruh Letak Nama Anak Tanpa Makna, Haram Jika Bawa Maksud Yang Tidak Baik

Menurut pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI), ramai ibu bapa pada ketika ini yang terlepas pandang soal hukum dengan memberikan anak mereka dengan nama yang tiada maksud hanya kerana mahu mengejar panggilan moden.

“Makruh hukumnya letak nama anak yang tiada makna, haram dengan makna yang tidak baik,” jelasnya ketika disoal mengenai hukum tersebut.

Tambah beliau, orang bukan Islam yang memeluk agama Islam tidak diwajibkan menukar nama asal kecuali jika nama asalnya membawa maksud yang tidak baik.

“Ingat, kalau orang kafir masuk Islam, dia tidak wajib tukar nama asalnya, tetapi yang wajib tukar apabila nama kafirnya membawa maksud tidak baik. Contohnya maknanya, berhala, makna syirik dan sebagainya.

“Kalau la ada orang kafir ini nama dia John White dan dia masuk Islam, tak perlu tukar sebab nama John ni adalah nama lama macam kalau orang Melayu dia jadi Awang. Kalau John White jadinya Awang Putih.

“Tetapi kalau dia John Drug, Awang Mabuk, wajib tukar kepada nama lebih baik,” katanya lagi.

Pilihan Nama Yang Baik Membentuk Peribadi Manusia

Jelas pendakwah berkenaan lagi, pemberian nama yang membawa maksud baik serta indah dalam Islam akan membentuk keperibadian individu itu.

Beliau turut berkongsikan kisah mengenai seorang kanak-kanak yang mengalami masalah kulit dalam kejadian di Hospital Kuala Terengganu pada tahun 1993.

“Anak seorang budak ini kulit dia menggelupas macam ular nak salin kulit, merah habis menangis budak. Tak baik-baik duduk di hospital, tak tahu apa punca penyakit.

“Nak jadikan cerita, datang seorang orang tua berkain pelikat, berkopiah. Dia minta bapa budak itu tadi tukar nama anak, terus bapanya tukar nama dan kemudian terus licin kulit anaknya. Itulah penting letak nama anak yang baik-baik,” ujarnya.

Malah, UAI turut berkongsikan Nabi Muhammad SAW juga pernah menukar beberapa kali nama anak-anak sahabat baginda.

“Nabi dalam sejarah ada empat atau lima kali dalam hadis sahih tukar nama anak-anak sahabat. Tukar nama yang tidak baik kepada yang lebih sesuai.

“Jadi sebelum letak nama anak, kita tanya orang pandai-pandai, nama ini sesuai tidak, kalau sesuai letak dan jangan ikut suka hati. Sebab zaman sekarang ramai suka gabung nama anak yang pelik-pelik,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: Haram & Berdosa Besar Jika Lelaki Mengurat Isteri Atau Tunang Orang Lain – UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Patung Hanya Untuk Mainan Kanak-kanak” – UAI Dedah Haram Orang Dewasa Tidur Dengan Teddy Bear

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.