fbpx
Now Reading
Murid SK Baling Beri Semangat Kepada LTDL 2023 Raih Pujian Ramai, Siap Ada Yang Sebak [Video]

Murid SK Baling Beri Semangat Kepada LTDL 2023 Raih Pujian Ramai, Siap Ada Yang Sebak [Video]

Berdasarkan video tersebut, kelihatan murid-murid yang ada di bahu jalan itu melakukan gerakan tangan ke kiri dan kanan sambil bernyanyi ‘horay horey’ dan ‘you are the champion’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahun ini, acara yang mendapat tempat di hati seluruh pelumba basikal dunia iaitu Le Tour De Langkawi (LTDL 2023) telah kembali lagi.

LTDL merupakan sebuah acara lumba basikal yang sudah lama dianjurkan di Malaysia sebagai tuan rumah dan mempunyai reputasi yang baik sepanjang ia berlangsung.

Tular video murid-murid beri semangat kepada LTDL 2023

Baru-baru ini, tular video yang menunjukkan sekumpulan murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Baling, Kedah memberi sokongan kepada  LTDL 2023 pada 25 September lalu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @bellaciouspickstop, kelihatan para murid sedang berkumpul di tepi jalan sambil menunggu ketibaan perserta-peserta dan pengiring LTDL 2023.

Murid-murid penuh semangat bersorak dan bernyanyi

Apa yang menariknya, kanak-kanak yang memakai baju mengikut warna rumah sukan mereka itu dilihat penuh bersemangat bersorak dan bernyanyi sambil memegang cheerleader pom poms dan bendera Jalur Gemilang.

Kelihatan juga murid-murid yang ada di bahu jalan itu melakukan gerakan tangan ke kiri dan kanan sambil bernyanyi ‘horay horey’ dan ‘you are the champion’.

Semangat kanak-kanak itu dalam menyambut ketibaan para peserta LTDL 2023 juga mendapat perhatian kebanyakan kenderaan yang mengiring acara itu apabila segelintir pemandu dan penumpang dilihat melambai tangan sambil membunyikan hon.

@bellaciouspickstop

Terima kasih #ltdl2023 mai ke daerah Baling🥰. Utk anak anak SK BALING, hampa laa JUARA, serius bangga sangat2 dgn semangat hampa semua❤️🫶🏻 #ltdl2023 #balingkedah #welcometobaling #thisiskedahdarulaman💚💛

♬ original sound – UNY.co – UNY.co

Netizen puji tindakan murid-murid dan para guru berkumpul beri semangat

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan para guru dan murid di sekolah berkenaan yang memberi sokongan kepada LTDL bagi edisi tahun 2023 ini.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga berasa sebak melihat semangat dan kesungguhann kanak-kanak itu.

Le Tour De Langkawi mula diadakan sejak tahun 1996

Untuk info, Le Tour De Langkawi mula diadakan di Malaysia pada tahun 1996 dan ia dinamakan sedemikian sempenan nama kepulauan Langkawi.

LTDL telah diiktiraf oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan meletakkan taraf perlumbaan ini sebagai status ProSeries bermula tahun 2020 sehingga 2025.

Berikut adalah komen netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.