
Pencuri Di Indonesia Selamba Buang Air Besar Ketika Ditahan Dalam Kenderaan Polis
Menurut polis, individu yang dikenali sebagai L itu ditahan kerana dipercayai mencuri di rumah penduduk di Kotamobagu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pencuri di Indonesia yang membuang air besar dalam seluarnya ketika berada dalam kenderaan Polis Kotamobagu, Sulawesi Utara.
Individu ditahan kerana dipercayai mencuri
Jelas Ketua Polis Kotamobagu, Dasveri Abdi lelaki dikenali sebagai L itu telah ditahan disebabkan kes curi.
Katanya L telah mencuri di rumah penduduk di Kotamobagu pada 23 September dan dia kemudian berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam.
“Pada Sabtu (23 September) dia telah ditahan oleh polis peronda, Kotamobagu,” katanya, lapor Detik.
Tindakan pencuri buang air besar dalam kereta polis dirakam melalui live di Facebook
Menurut Dasveri lagi, tindakan lelaki berkenaan membuang air besar di dalam seluarnya itu telah dirakam menerusi telefon bimbit salah seorang anggota polis yang ketika itu bersiaran secara langsung di Facebook.
Ia kemudian tersebar di akaun Facebook Kotamobagu Resmob.
Dalam video berkenaan, L yang ketika itu bersama empat anggota polis yang memakai pakaian awam berada di dalam sebuah kenderaan.
Awalnya terbau bau yang busuk sebelum lelaki mengaku buang air besar dalam seluar
Namun secara tiba-tiba anggota yang berada di sebelah lelaki berkenaan kemudian terhidu bau yang busuk dari seluar dipakai L.
“Apa kata awak tukar seluar tu, dah busuk sangat,” kata anggota terbabit.
Seorang lagi anggota polis yang duduk di bahagian hadapan kemudian menyatakan bau busuk itu datang disebabkan lelaki berkenaan sedang membuang air besar di dalam seluarnya.
Polis terpaksa berhenti kereta sebab tak tahan bau busuk
Malah perkara itu turut diakui oleh L sehingga menyebabkan mereka kemudian memberhentikan kenderaan dan keluar dengan segera.
Polis dalam masa sama turut meminta pemuda berkenaan keluar dari kenderaan tersebut.
“Ouh buang air besar dalam seluar patut berbau. Turun, turun,” ujar polis berkenaan.