fbpx
Now Reading
Universiti Di Ireland Tawar Ijazah Pertama Bidang ‘Influencer’

Universiti Di Ireland Tawar Ijazah Pertama Bidang ‘Influencer’

Antara topik yang bakal diajar sepanjang tempoh empat tahun kursus tersebut adalah kemahiran perniagaan, suntingan video dan audio, kajian budaya serta penulisan kreatif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengaruh media sosial dalam kehidupan harian manusia tidak dapat dinafikan lagi. Jika ditanya kepada golongan muda terutama peringkat sekolah menengah, kebanyakan daripada mereka bercita-cita untuk menjadi pempengaruh atau influencer.

Ini kerana kehidupan yang kelihatan serba mewah dan popular menjadi antara faktor yang mendorong segelintir daripada mereka untuk menjadikan ia sebagai satu kerjaya.

Oleh kerana pengaruh influencer ini dilihat semakin kuat dalam kalangan masyarakat, sebuah universiti di Ireland bakal menawarkan ijazah pertama dalam bidang pempengaruh.

Tawar Ijazah Penciptaan Kandungan & Media Sosial

Southeast Technical University di Carlow, Ireland bakal menawarkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang penciptaan kandungan dan media sosial khusus buat individu yang berminat.

Permohonan akan mula dibuka bermula November ini dan dijangka akan menerima kumpulan pertama pada kemasukan September 2024.

Antara topik yang bakal diajar sepanjang tempoh empat tahun kursus tersebut adalah kemahiran perniagaan, suntingan video dan audio, kajian budaya dan penulisan kreatif.

Peningkatan Minat Dorong Universiti Tawar Ijazah Tersebut

Menurut pensyarah bidang media dan komunikasi universiti berkenaan Dr Eleanor O’Leary, terdapat peningkatan minat dalam bidang pempengaruh terutama dari calon pelajar dan majikan.

Malah, graduan akan turut dilengkapi dengan kemahiran sama ada mahu bekerja sendiri atau mencipta kandungan untuk syarikat atau organisasi.

Tambah beliau, sejak tahun 2019, bidang ini telah meningkat dua kali ganda dari segi nilai dan dianggarkan keuntungan boleh mencecah di antara £12 bilion hingga £14 bilion (anggaran kira-kira RM91 bilion).

“Ia adalah satu bidang yang memerlukan kemahiran yang khusus. Bidang ini menggunakan kemahiran media, perhubungan awam dan pemasaran yang sedia ada namun ia juga adalah satu bidang baharu,” katanya.

Tambah beliau lagi, walaupun segelintir individu boleh menjadi pempengaruh secara tidak sengaja, namun kursus ini bertujuan untuk mengajar mereka cara untuk mengekalkan pengikut dan menjana pendapatan dari bidang tersebut.

“Sebagai seorang ‘bintang’, mencipta kandungan di rumah atau sendiri, mereka mungkin tidak mempunyai pemahaman berkaitan keseluruhan industri di mana terdapat kontrak, agensi serta perniagaan yang telibat,” ujarnya.

Foto: Southeast Technical University

Menurut laman web Southeast Technical University, selain daripada bergelar influencer, kos ini juga membuka peluang ke bidang:

  • Pencipta Kandungan
  • Penulis Kandungan/Editor
  • Kewartawanan
  • Komunikasi
  • Media Sosial/Pemasaran Kandungan
  • Pempengaruh
  • Pengurusan Kandungan
  • Digital Design

Baca Artikel Berkaitan: “TikToker & Youtuber Bukan Satu Pekerjaan”, Dr Malar Tergamam Lihat Respon Cita-Cita Pelajar

Baca Artikel Berkaitan: ‘Teruk Betul’ – Netizen Kecewa Segelintir Influencer Tak Tahu Bendera Negeri Malaysia [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.