fbpx
Now Reading
Selamba Tarik Nyanyi Lagu ‘Bunga Angkasa’ Di Majlis Kahwin, Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Kagum [Video]

Selamba Tarik Nyanyi Lagu ‘Bunga Angkasa’ Di Majlis Kahwin, Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Kagum [Video]

Menerusi video, turut kedengaran orang ramai bersorak sebaik kanak-kanak berkenaan selesai menyanyikan lagu bertajuk ‘Bunga Angkasa’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis perkahwinan merupakan antara acara yang sering dinanti-nantikan oleh ramai pihak.

Ini kerana, adakalanya beberapa majlis meraikan pengantin itu tampil dengan sedikit kelainan yang secara tidak langsung membuatkan tetamu rasa teruja.

Selain itu, kebiasaannya di akhir majlis tetamu khususnya ahli keluarga akan mengadakan sesi karaoke sementara menunggu waktu untuk mengemas atau tetamu pulang.

Alah macam tak biasa korang pun selalu ‘sumbang suara’ masa majlis kahwinkan?

Kanak-kanak selamba nyanyi lagu rock ketika majlis perkahwinan

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang bernyanyi di sebuah majlis perkahwinan.

Menerusi video dikongsikan oleh Burn, kelihatan kanak-kanak berkenaan berdiri di atas pentas berdekatan pelamin sambil menyanyi.

Nyanyi lagu rock bertajuk ‘Bunga Angkasa’

Namun apa yang menarik perhatian kanak-kanak yang dipercayai berbangsa India itu telah menyanyikan sebuah lagu dalam bahasa Melayu bertajuk Bunga Angkasa.

Malah setiap bait lirik yang disampaikan kanak-kanak ini sangat jelas dan menunjukkan dia fasih dalam bahasa tersebut.

Turut kelihatan jurukamera yang berada berdekatannya cuba untuk mengambil ketika kanak-kanak itu sedang menyanyi.

@burnpazzword

video diambil dari shabat aku @🆂&🄹(●’◡’●)ノ ..selamba je tarik lagu bunga angkasa..memang terbaik adik ni..#fyps #malaysiatiktok #fypシ

♬ original sound – Burn – Burn

Ramai sorak dan sifatkan suara kanak-kanak itu merdu

Sebaik selesai menyanyikan lagu tersebut kedengaran orang ramai mula bersorak dan menepuk tangan untuknya.

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan nyanyiannya selain tidak menyangka dia tahu lagu rock di zaman 90-an. Malah ada yang menyifatkan dia mempunyai suara yang merdu.

Walau bagaimanapun, terdapat juga komen menyatakan kanak-kanak itu menyanyi dengan menggunakan balik tadbir skrin hijau (green screen background).

Untuk makluman, kumpulan Terra Rossa merupakan penyanyi asal bagi lagu Bunga Angkasa yang dikeluarkan pada tahun 1992.

“Ini lagu lejen masa dekat sekolah, teringa cinta pertama”

“Sekali dia bagi bunga angkasa.. padu”

“Dik, abang yang Melayu pun tak mampu nak nyanyi lagu ni”

“Inilah Malaysia tercintaku”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.