fbpx
Now Reading
Popular Sampai Korea! Theme Park Everland Pun Guna Konten ‘Gwenchana’ Imran Bard [Video]

Popular Sampai Korea! Theme Park Everland Pun Guna Konten ‘Gwenchana’ Imran Bard [Video]

Selain Everland Resort, sebelum ini video itu turut di ‘stitch’ oleh pelakon terkenal Lee Yi Kyung pada September lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Imran Bard merupakan seorang influencer terkenal yang bermula di YouTube sejak beberapa tahun lalu.

Malah dialognya yang menggunakan perkataan ‘ghisau ghisau’ turut pernah menjadi fenomena di negara ini sehingga ia menjadi ikutan orang ramai termasuklah selebriti.

Namun dia tidak berhenti di situ sahaja sebaliknya terus menghiburkan rakyat Malaysia dengan menghasilkan lebih banyak lagi konten yang melucukan.

Buat video guna perkataan Korea ‘Gwenchana’

Perkara itu samalah seperti konten yang dimuat naik pada bulan lalu memaparkan dirinya menggunakan bahasa Korea dengan hanya satu perkataan iaitu ‘Gwenchana’ yang bermaksud okay, saya okay atau tak mengapa.

Dalam video berkenaan perkataan itu telah digunakan Imran untuk menunjukkan perubahan emosinya daripada perasaan okay sehingga menjadi sedih dan menangis.

Everland tak lepas peluang featuring video Imran Bard

Namun siapa sangka, video yang hanya menggunakan satu perkataan itu kemudian menjadi tular sehingga ke luar negara apabila turut digunakan oleh taman tema terkenal di Korea iaitu Everland Resort.

Video tersebut telah dimuat naik di akaun TikTok rasmi Everland beberapa hari yang lalu.

Menerusi video berkenaan, Everland telah menampilkan Imran dalam video berkenaan sambil berlatar belakangkan suasana ketika menaiki roller coaster di taman tema itu.

Jadi perhatian ramai terutama rakyat Malaysia

Perkara itu secara tidak langsung telah menjadi perhatian orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang tidak sangka ia akan menjadi tular sehingga ke tahap itu.

Malah ada yang menyatakan taman tema itu perlu memberi tiket percuma kepada Imran kerana telah menggunakan wajahnya.

Sebelum ini, trend yang sama ‘featuring’ video Imran turut digunakan oleh pelakon terkenal Korea iaitu Lee Yi Kyung yang terkenal dalam siri Descendants of the Sun, Welcome to Waikiki 1 & 2, Suits, Hotel Del Luna serta banyak lagi.

Bukan hanya itu, ada yang mengatakan itu adalah skrip yang digunakan pelakon berkenaan dalam filem Welcome to Waikiki.

“Imran Bard sampai Korea punya konten”

“Silap-silap Running Man jemput dia pula lepas rindu dia orang dekat Kwang Soo”

“Bukan senang Korean suka wehh wow”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.