Sebut saja The Rock, pasti ramai yang mengenali dan meminati pemilik nama Dwayne Johnson yang sering muncul dalam filem-filem Hollywood seperti Journey 2: The Mysterious Island, Black Adam, Fast & Furious, Red Notice dan banyak lagi
Bagaimanapun, jumlah peminat The Rock ini mungkin telah berkurang susulan kenyataannya berkaitan isu peperangan antara Palestin dan Israel pada ketika ini.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ultras Celtic, Green Brigade Bentang Kain Sepanduk ‘Free Palestine’ Semasa Perlawanan Di Liga Scotland [Video]
Dwayne menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya berkata, hatinya berasa hancur, marah dan terkejut dengan pembunuhan yang didakwa kejam terhadap orang-orang Yahudi.
Tidak hanya itu, dia turut menggelarkan pejuang Hamas yang ingin menuntut bela atas penindasan terhadap warga Palestin ketika ini sebagai pengganas.
“Saya sangat sedih, marah, dan terkejut oleh pembunuhan dan penculikan yang kejam oleh kumpulan pengganas Hamas terhadap orang Yahudi.
“Kehilangan nyawa yang semakin bertambah dari orang Israel dan Palestin yang tidak bersalah seiring dengan berlanjutnya perang ini sangat memilukan hati,” tulisnya.
The Rock bagaimanapun mengakui tidak mengetahui mengenai konflik yang sedang melanda di Timur Tengah ini kerana ia memerlukan pemahaman yang mendalam.
Pun begitu, Dwayne berkata apa yang dirinya tahu ialah tindakan kebencian seperti pengganasan ini tidak pernah dibenarkan.
“Saya mengutuk dan mengecam pengganasan, dan hati saya merasa simpati kepada semua mangsa yang tidak bersalah dan keluarga yang kehilangan orang yang mereka cintai dalam saat tragis ini,” tulisnya lagi.
Seakan tahu dirinya bakal dikecam ramai, Dwayne lantas menutup ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik olehnya itu.
Bagaimanapun, rata-rata netizen tetap memberi kecaman kepada bekas ahli gusti WWE itu menerusi ruangan komen pada hantaran-hataran terdahulunya.
Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga menyatakan sokongan mereka terhadap Palestin apabila ruangan komen dipenuhi dengan bendera negara itu berserta tulisan ‘Free Palestine’.
Sejak berdekad lamanya, penduduk Palestin telah hidup dalam kesengsaran akibat tanah mereka dicuri kaum Israel dengan penuh kejam.
Selama berpuluh tahun jugalah orang yang tidak bersalah di Palestin seperti wanita, warga emas, dan kanak-kanak dibunuh tanpa belas kasihan oleh rejim Zionis.
Susulan itu netizen mempersoalkan mengapa susuk tubuh sasa ini tidak pernah bersuara mengenai isu tersebut? Namun kini apabila pejuang Hamas kembali bangkit menuntut pembelaan dan kebenaran malah dia bersuara dan menuduh mereka sebagai pengganas.
Sebagai info, The Rock sebelum ini pernah memberikan ucapan berhubung konflik di antara Ukraine dan Rusia.
Fikir dan nilaikan sendiri. Ingat! yang terkenal tak semestinya bijak…
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…