fbpx
Now Reading
Penuntut KPTM Cipta Rekod MBOR Lepas Tulis Esei Dalam Kolam Air 5 Meter

Penuntut KPTM Cipta Rekod MBOR Lepas Tulis Esei Dalam Kolam Air 5 Meter

Ahmad Fudhail telah berjaya mencipta Malaysia Book of Records selepas menyelam dan menulis esei selama 1 jam 34 minit dalam air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai di antara kita yang telah menjadikan penulisan esei sebagai satu hobi ataupun pekerjaan.

Namun, bukan semua orang mempunyai kemahiran menulis esei tersebut. Untuk mengasah bakat ini, seseorang itu perlulah memperbanyakkan bacaan agar mereka tahu kosa kata yang sesuai digunakan.

Seperti baru-baru ini, seorang pelajar dikhabarkan telah membawa seni penulisannya ke ‘next level’ iaitu tulis dalam air!

Penuntut KPTM Diiktiraf MBOR Lepas Berjaya Tulis Esei Sambil Selam Dalam Kolam Air

Ahmad Fudhail Ahmad Kenedi yang merupakan penuntut Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Alor Setar baru-baru ini telah menjadi individu pertama yang berjaya menulis esei sambil menyelam kolam air sedalam lima meter.

Kejayaan pemuda 20 tahun itu menulis esei bertajuk ‘Kepentingan Pembangunan Personaliti kepada Graduan’ telah diiktiraf anugerah Malaysia Book of Records (MBOR). Memang hebat!

Untuk info, penulisan esei sambil menyelam itu telah dilaksanakan di Pusat Akuatik Kedah semalam (12 Oktober).

Penuntut Diploma Pengurusan Pejabat berkenaan menulis sebanyak 350 patah perkataan menggunakan pen dan buku kalis air dalam tempoh satu jam 34 minit.

Badan Mula Rasa Sejuk Bila Menulis Perenggan Ketiga Karangan

Menurut Ahmad Fudhail, usaha itu dilakukannya sebagai satu inovasi dalam bidang selaman selain untuk memberi galakan kepada golongan muda di luar sana untuk mengejar impian masing-masing.

“Mulanya saya cadang untuk cipta rekod ini di laut tapi disebabkan faktor keselamatan termasuk cuaca tidak menentu, maka kami ubah rancangan kepada kolam,” ujarnya.

Tambah penuntut KPTM itu, dia tidak mengalami sebarang masalah pada minit 20 hingga 30 minit yang pertama namun badannya mula terasa sejuk apabila sudah selesai perenggan ketiga karangan tersebut.

Saya juga berdepan kesukaran menulis dalam keadaan badan beralun, namun Alhamdulillah dapat juga selesaikan cabaran ini dan menunaikan janji kepada pihak kolej bagi memastikan sijil MBOR diperoleh.

Ahmad Fudhail

Anugerah MBOR yang dilimiki oleh pelajar ini dikatakan sebagai satu permulaan buat dirinya untuk mencapai kemenangan lebih besar termasuk di peringkat dunia seperti menyelam tiga hari berturut-turut.

Sumber: Buletin TV3/Instagram (@kptmalorsetar)

Pilihan Tajuk Esei Sesuai Dengan Subjek Diajar Di KPTM

Pengarah projek berkenaan yang juga Pensyarah Pengurusan Pejabat KPTM Alor Setar, Jamilatul Husna Ramli dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sentiasa memberi sokongan kepada penuntutnya dalam mencapai impian masing-masing.

“Inisiatif ini sebenarnya daripada Ahmad Fudhail sendiri. Saya selaku penasihat program kemudian mengusulkan cadangan itu kepada Pengarah Mudzir Mohamad dan pengurusan kolej meluluskan dengan sokongan penuh,” kata Jamilatul Husna.

Tambah beliau, pilihan tajuk esei ditulis oleh Ahmad Fudhail adalah selari dengan subjek yang diajar oleh para pensyarah di situ.

“Kami bersyukur usaha dan impiannya berjaya dilaksanakan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.