fbpx
Now Reading
“Sekelip Mata Je ‘M’ Kau Hilang” – Enggan Ulas Isu Palestin, Pengikut Syamimia Terus Menurun Dari 1 Juta

“Sekelip Mata Je ‘M’ Kau Hilang” – Enggan Ulas Isu Palestin, Pengikut Syamimia Terus Menurun Dari 1 Juta

Influencer, Syamimia sebelum ini turut tampil memohon maaf dalam satu siaran langsung di TikTok selepas menyedari dirinya teruk dikecam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini TikToker terkenal, Nur Syamimia telah dikecam hebat oleh netizen kerana tidak mahu menggunakan platform media sosialnya untuk menyebarkan sokongan kepada Palestin yang kini sedang dalam peperangan.

Perkara itu berlaku selepas Syamimia dalam satu video menjawab kepada soalan pengikutnya tentang mengapa dia tidak menggunakan pengaruhnya untuk menunjukkan solidariti kepada saudara di sana.

Meskipun telah menjawab persoalan netizen, namun penjelasan diberikan influencer terbabit tetap tidak terima oleh orang ramai sehingga ada mendakwa dia takut jika akaun media sosialnya disekat.

Sedar videonya terus dikecam, Syamimia kemudian tampil memohon maaf selepas bimbang katanya sebelum ini mengguris perasaan mana-mana pihak.

Malah dia dalam siaran langsung di TikTok itu turut memberi penjelasan atas tindakan memadam video yang mendapat kecaman ramai itu.

Baca artikel berkaitan: Syamimia Dikecam Teruk, Gara-gara Taknak Ulas Isu Palestin Di Platform Media Sosialnya [Video]

Baca artikel berkaitan: Syamimia Minta Maaf, Perjelas Kenapa Kurang Kongsi Tentang Palestin Di Media Sosial

Jumlah pengikut Syamimia terus menurun

Walaupun sudah memohon maaf atas apa yang berlaku dan memberi penjelasan, namun kekecewaan netizen masih lagi belum terubat apabila jumlah pengikut Syamimia semakin berkurangan.

Difahamkan sebelum ini akaun TikTok influencer yang sering berkongsi mengenai konten masakkan dan gaya hidup itu mempunyai jumlah pengikut sebanyak 1.1 juta.

Sekitar 61,000 lebih pengikut ‘unfollow’ daripada 1.1 juta

Namun selepas tular videonya yang mendapat kecaman jumlah followers itu semakin menurun dan yang terkini jumlah pengikutnya adalah 938.7 ribu.

Berdasarkan pengiraan kami, Syamimia kehilangan sekitar 161,000 ribu lebih pengikut dan jumlah ini dijangka akan semakin menurun.

Apa yang lebih mengejutkan, netizen turut melakukan perkara yang sama di Instagram Syamimia yang sebelum ini mempunyai sekitar 359 ribu pengikut tetapi kini menjadi 349 ribu.

Penurunan pengikut influencer raih perhatian ramai

Perkara itu secara tidak langsung turut mendapat pelbagai reaksi ramai yang tidak menyangka begitu ramai pengikut telah bertindak tidak mengikuti influencer berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan netizen tidak perlu terlalu ‘over react’ mengenai perkara tersebut sebaliknya fokus dalam menyebarkan sokongan dan solidariti kepada Palestin.

“Bangga follower 1.1 milion siap mention, sekelip mata je hilang M kau”

“Bukan dengki, tapi aku puas tengok follower dia turun, sebab b*d** dan sombong”

“Aku tak faham sekarang ni asal korang beria sangat nak tengok kejatuhan orang lain. Bukan dia musuh yang patut korang serang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.