fbpx
bendera israel di terengganu (1)

Individu Mohon Maaf Gantung Bendera Israel Di Terengganu

Bendera Israel itu telah digantung pada sebuah batang kayu dan dipacakkan di hadapan sebuah premis di Terengganu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum, pergolakan yang berlaku di Palestin telah membimbangkan masyarakat seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia.

Berdasarkan sumber Euro-Med Monitor, sehingga kini lebih 4,079 warga Palestin yang telah terkorban dalam peperangan yang berlaku akibat serangan dari Israel.

Sebahagian besar masyarakat Malaysia termasuklah barisan pemimpin turut bersolidariti dengan perjuangan Palestin.

Sebuah Premis Dipercayai Di Terengganu Telah Menggantung Bendera Israel Di Luar Kedai

Namun siapa sangka sebuah premis dipercayai di Terengganu telah mencetuskan kemarahan orang ramai apabila bertindak sebaliknya seolah-olah menyokong perjuangan rejim Zionis.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok (@sekompo_2u), kelihatan sebuah premis perniagaan dipercayai di Terengganu didakwa telah menggantungkan bendera Israel.

Bendera yang dikibarkan itu boleh dilihat dengan jelas apabila ia dipacakkan di hadapan kedai dan berhampiran dengan jalan raya utama yang menjadi laluan kenderaan lain.

Difahamkan, individu yang telah menggantungkan bendera Israel itu juga telah membuat permohonan maaf dan menurunkan bendera tersebut.

Memetik sumber Sinar Harian, motif kejadian juga masih dalam siasatan pihak berkuasa.

@sekompo_2u

Sebuah premis di terngganu di kesan mengibarkan bendera israel. pelaku dikatakan telah memohon maaf..

♬ original sound – Rakhmat75 – @RahmatNovie75

Tindakan Kibar Bendera Israel Dipercayai Di Terengganu Buat Netizen Marah

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mengecam perbuatan pemilik premis yang dilihat meggantungkan bendera Israel di hadapan kedainya.

Pada masa yang sama, netizen turut terfikir bagaimana individu tersebut boleh mendapatkan bendera Israel itu.

Namun, ada pula yang menganggap berkemungkinan ia adalah perbuatan khianat yang sengaja dilakukan oleh individu lain.

Sumber: TikTok

Perkembangan Terkini Di Palestin

Dalam serangan baru-baru ini pada awal pagi Rabu lalu (18 Oktober), sebuah hospital di tengah Gaza yang dipenuhi dengan pesakit serta rakyat Palestin yang berlindung dari peperangan telah dibom oleh tentera Israel.

Serangan bom itu telah mengakibatkan lebih 600 nyawa terkorban.

Menurut laporan Al Jazeera, pihak berkuasa mengesahkan angka kematian itu adalah yang tertinggi membabitkan serangan askar Zionis dalam masa sehari sejak tahun 2008.

Serangan ke atas Hospital al-Ahli Arab itu turut mencetuskan kecaman antarabangsa dengan organisasi media serta laman media sosial dihujani gambar-gambar keadaan di kejadian selepas dibom.

Antara pihak yang mengecam serangan ke atas hospital di Gaza termasuklah China, Kesatuan Eropah, Jerman, Indonesia, Iran dan Rusia.

Artikel Berkaitan: Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban

Artikel Berkaitan: “Syahid Balik Menuntut Ilmu” – Pelajar Palestin Nak Pulang Ke Malaysia Ditembak Israel

Artikel Berkaitan: “Tolong Sensitif Sikit” – Warga Malaysia Di Palestin Kecewa Orang Hubungi Untuk Dengar Bunyi Bom

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.