fbpx
Now Reading
Warga Emas Israel Dedah Terima Layanan Baik, Siap Ada Doktor Lawat & Beri Ubat Sepanjang Ditahan Hamas

Warga Emas Israel Dedah Terima Layanan Baik, Siap Ada Doktor Lawat & Beri Ubat Sepanjang Ditahan Hamas

Menurut warga emas Israel itu, dia telah dilayan dengan baik selain Hamas turut menyediakan doktor yang akan datang melawat dan membawa bekalan ubat-ubatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular kisah tahanan Hamas iaitu dua wanita warga emas Israel yang telah dibebaskan oleh pejuang Palestin itu.

Difahamkan warga emas itu dibebaskan atas faktor umur yang sudah lanjut. Malah menerusi video yang tular di media sosial kelihatan dua warga emas itu tidak takut kepada tentera Hamas sebaliknya mereka dilihat berpimpin tangan sewaktu berjalan.

Baca artikel berkaitan: [Video] Hamas Dipuji Kerana Beri Layanan Baik Kepada 2 Tahanan Israel Sebelum Dibebaskan

Wanita warga emas yang menjadi tahanan puji sikap pejuang Hamas

Terbaharu, salah seorang daripada warga emas terbabit yang dikenali sebagai Yocheved Lifshitz mendedahkan kepada media penahanan mereka itu seperti ‘berada di neraka’.

Walau bagaimanapun, wanita itu ‘memuji’ sikap pejuang Hamas yang memberikan layanan baik serta berperikemanusiaan. Perkar ini boleh dilihat sewaktu pembebasan mereka apabila dilihat berbual serta bersalaman antara satu sama lain sebelum dibebaskan.

Wanita berusia 85 tahun itu sebelum ini telah ditahan bersama suaminya, Oded yang berumur 83 tahun di kediaman mereka di Nir Oz Kibbutz yang berada berdekatan sempadan Gaza.

Ketika melakukan sidang media yang ditemani anaknya Sharone, warga emas itu memaklumkan dia merupakan tahanan terawal yang dibawa oleh Hamas melalui terowong yang berada di bawah tanah.

Hamas bagitahu mereka berpegang kepada al-Quran, ada doktor melawat dan beri ubat

Apa yang mencuri perhatian wanita itu, pejuang Hamas turut memberitahu kepadanya bahawa ‘mereka berpegang atau percaya kepada al-Quran serta tidak akan mencederakan kami’.

Malah mereka juga menyediakan doktor yang akan melawat tahanan pada setiap beberapa hari dengan membawa bekalan ubat.

Bukan hanya itu, dia turut diberikan layanan baik selama dua minggu dikurung.

“Mereka menyediakan semua keperluan kami. Mereka seperti sudah mempersiapkannya dari awal, semua keperluan untuk lelaki dan wanita,” jelas warga emas itu dalam Bahasa Hebrew, lapor Harian Metro.

Meskipun mendapat layanan baik tetapi pengalaman yang dilaluinya semasa ditahan adalah sesuatu yang pahit serta sukar dilupakan.

Diculik dan diikat sebelum dibawa lari ke ladang

Wanita itu turut memberi gambaran keadaannya ketika pejuang Hamas menyerbu, memukul serta menahan tanpa membezakan orang muda mahupun tua semasa diserang secara mengejut pada 7 Oktober lepas.

“Mereka culik saya dan letak di atas motosikal serta saya diikat, sebelum dilarikan melalui ladang. Ketika itu barang kemas saya sudah dirampas,” ucapnya.

Menurut Lifshitz pejuang Hamas telah berjaya menceroboh pagar eletrik yang dipasang sekitar Kibbutz oleh pihak Israel.

Dalam pada itu anak kepada wanita terbabit mendakwa warga emas yang berusia itu telah dipukul menggunakan kayu selain dibawa Hamas ke suatu tempat yang disifatkan seperti ‘terowong bawah tanah yang besar seperti sarang labah-labah’.

Warga emas berkenaan turut mengkritik tentera Israel apabila membiarkan serangan secara mengejut Hamas berlaku selain ‘mengabaikan’ aduan penduduk di kawasan terbabit tentang ‘serangan kecil’ dilakukan Hamas sejak berbulan lalu sebelum diculik pada 7 Oktober.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.