fbpx
Now Reading
Grab Malaysia Salur RM1 Juta Bantuan Buat Rakyat Terjejas Di Gaza Menerusi MERCY Malaysia

Grab Malaysia Salur RM1 Juta Bantuan Buat Rakyat Terjejas Di Gaza Menerusi MERCY Malaysia

Bermula 8 November 2023 hingga 8 Mei 2024, Grab akan memadankan jumlah yang didermakan kepada Tabung Bantuan Palestin MERCY Malaysia melalui GrabRewards.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Grab Malaysia hari ini (6 November) meluahkan rasa simpati pihak mereka terhadap nasib masyarakat yang terjejas akibat konflik di Gaza dan mengutuk sebarang tindakan keganasan yang mengancam kemanusiaan.

Baca Artikel Berkaitan: Grab Dikecam Isu Hantaran IGS Chloe Tong, Ini Penjelasan Sebenar

Justeru, Grab Malaysia sekali lagi berganding bahu dengan MERCY Malaysia untuk menghulurkan bantuan dan sokongan kepada Tabung Bantuan Palestin bertujuan membantu komuniti yang disokong oleh MERCY secara aktif sejak 2008.


Grab Malaysia Sumbang RM1 Juta Menerusi MERCY Malaysia Buat Rakyat Palestin

Grab Malaysia menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa pihak mereka ymenjalinkan kerjasama yang erat dengan MERCY Malaysia sejak 2021, menerusi pembabitan dalam pelbagai bantuan kemanusiaan di Malaysia – termasuk tabung bantuan banjir serta pengurusan bencana.

Bagi mengatasi keperluan mendesak dihadapi oleh komuniti rentan yang terjejas di Gaza (Palestin), Grab Malaysia akan menyumbang bantuan kewangan bernilai RM1 juta melalui MERCY Malaysia.

Pengguna Grab juga boleh menyumbang melalui GrabPay atau menukar GrabRewards mereka untuk menyokong usaha MERCY Malaysia, sekaligus menyumbang bagi perubahan dalam kehidupan mangsa yang terjejas.


Menekankan Prinsip Kemanusiaan dan Keamanan

Mengulas lanjut, Grab Malaysia juga ingin memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas dengan membantu menyediakan akses kepada perubatan, makanan, bekalan air dan pelbagai lagi, dan mengutamakan kesejahteraan mereka.

Ia juga menekankan komitmen pihak mereka terhadap prinsip kemanusiaan dan keamanan, serta secara keras menentang sebarang keganasan yang melanggar hak asasi manusia.

Syarikat ini menyokong sebarang usaha yang membawa kepada keamanan yang berkekalan serta adil.

Grab Malaysia dan MERCY Malaysia sedang bekerjasama untuk mewujudkan program dan inisiatif mampan dalam memastikan kesan positif yang berkekalan kepada pelbagai komuniti yang terjejas dengan menyasarkan pemulihan segera, daya tahan dan sokongan jangka panjang.

Untuk makluman, bermula 8 November 2023 hingga 8 Mei 2024, Grab akan memadankan jumlah yang didermakan kepada Tabung Bantuan Palestin MERCY Malaysia melalui GrabRewards, sebagaimana pelaksanaan sumbangan amal melalui GrabRewards sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Ciri Baharu Aplikasi Grab Untuk Bantu Rakyat Malaysia #SaveWithGrab

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.