fbpx
Now Reading
Wanita Sedia 2 Bekal Sekolah Untuk Anak & Kawan Anak Yang Kehilangan Ibu, Raih Pujian Ramai

Wanita Sedia 2 Bekal Sekolah Untuk Anak & Kawan Anak Yang Kehilangan Ibu, Raih Pujian Ramai

Menurut Hawa, dia akan menyediakan bekal extra khusus buat rakan anaknya yang telah kehilangan ibu pada usia 11 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehilangan ibu bapa merupakan perkara paling sedih yang pernah dialami oleh setiap insan. Jangankan golongan dewasa, kanak-kanak juga pasti akan merasa kesedihan itu apabila kehilangan insan tersayang.

Bagi kanak-kanak yang kehilangan ibu atau bapa, Islam menyarankan agar setiap orang berbuat baik kepada golongan ini.

Ini kerana mereka juga sama seperti insan lain yang mengharapkan kasih sayang dari insan yang bergelar ibu atau ayah.

Malah, Allah SWT menjanjikan ganjaran buat individu yang menyantuni anak yatim jika terus berbuat baik kepada mereka.

Sediakan Bekal Makanan Extra Untuk Kawan Anak

Menerusi satu perkongsian di Kumpulan Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, seorang pengguna Siti Hawa Mohd Zainuddin memuat naik satu hantaran mengenai kisah bekal makanan yang disediakan buat anak dan rakan anaknya sebelum ke sekolah.

Menurut Hawa, dia akan menyediakan bekal makanan khusus buat rakan anaknya yang telah kehilangan ibu.

“Saya tapaukan bekal sekolah agama untuk anak dan kawan anak. Kawan anak saya ni ibu dia dah meninggal dunia, (dia) baru berusia 11 tahun,” tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

Menerusi hantaran tersebut, terdapat dua bekal yang mempunyai lauk yang sama dikongsikan oleh wanita berkenaan.

Beri Wang Belanja Extra Untuk Anak Belanja Kawan

Tambah Hawa, kadang kala dia turut memberikan wang belanja lebih kepada anaknya agar rakan anaknya itu juga boleh menikmati makanan yang sama.

“Saya tau sebenarnya ada masa dia pergi ke sekolah agama tak bawak duit belanja.

“Kadang-kadang anak saya berkongsi makan bekal dengan kawan dia, ada masa saya bagi extra duit belanja untuk kawan dia sekali,” tulisnya lagi.

Kawan Anak Puji Makanan Sedap

Jelas Hawa lagi, bekal yang dibuat olehnya itu habis dimakan oleh rakan anaknya. Apa yang membuatkan dia sebak adalah kanak-kanak itu memuji kesedapan makanan yang dibuat oleh Hawa.

“Petang ini saya berkesempatan jemput dan hantar balik kawan anak ke rumahnya. Sampai di rumah, anak saya keluarkan bekas makanan yang saya bekalkan untuk mereka berdua.

“Anak beritahu saya yang kawan dia makan habis semua yang saya bekalkan. Sedap dia cakap. Allahuakbar sebak rasanya bila dengar anak bercerita,” tulis Hawa lagi.

Foto: FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Raih Pujian Ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan wanita berkenaan. Malah, ada juga yang turut berkongsikan kisah melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Hawa terhadap rakan anaknya.

Berikut antara komen netizen:

Alhamdulillah, Saya Pun Akan Buat Bekalan Lebih Untuk Anak-Anak Kongsi Dengan Kawan Baik Masing-Masing

Semoga Allah Luaskan Lagi Rezeki

Baiknya Hati Ibu, Semoga Diperluaskan Rezeki, Kesian Anak Tu

Sama Sis, Saya Pun Hari-Hari Akan Buat Bekal Extra Untuk Kawan Anak

Awak Ibu Yang Baik

Baca Artikel Berkaitan: “Air Mata Jantan Mengalir” – Para Bapa Peluk Anak Yatim Piatu Semasa Ceramah Motivasi Undang Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Kekasih Pulang Semula Barang, Gadis Ini Tak Buang Malah Beri Kepada Anak Yatim

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.