fbpx
Now Reading
“9 Hari Tak Dapat Contact Family” – Lelaki Palestin Merayu Ingin Pulang Ke Gaza, Minta Kerajaan Bantu [Video]

“9 Hari Tak Dapat Contact Family” – Lelaki Palestin Merayu Ingin Pulang Ke Gaza, Minta Kerajaan Bantu [Video]

Lelaki yang dikenali sebagai Yousuf itu juga meminta surat bagi membolehkannya masuk semula ke Gaza melalui Arafah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki warga Palestin yang kini berada di Malaysia meminta bantuan kerajaan bagi membantu menghantarnya pulang semula ke Gaza.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Yousuf, 28, turut berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membantunya dengan menyediakan surat agar dia boleh memasuki wilayah yang sedang bergolak itu.

Yousuf ingin surat untuk masuk ke Gaza melalui Arafah

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya @yousuf_anak_palestine, dia hanya mahukan surat bagi membolehkannya masuk semula ke Gaza melalui Arafah.

“Saya minta (tolong) daripada Perdana Menteri, Anwar brahim bantu saya. Saya nak balik ke Gaza, Palestin. Saya minta tolong daripada awak.

“Saya inginkan satu surat agar saya boleh melalui Arafah untuk masuk ke Gaza,” katanya.

Ingin pulang ke Gaza kerana keluarga di sana, ada yang mati syahid dan gagal dihubungi

Menurutnya, dia ingin pulang semula ke Gaza kerana ingin berjumpa dengan ahli keluarganya yang berada di sana.

Lebih menyayat hati apabila Yousuf berkata, dua daripada ahli keluarganya sudah meninggal dunia manakala yang lain gagal dihubungi selama lebih 10 hari.

“Sampai sekarang dua orang daripada keluarga saya sudah meninggal syahid dan saya tak dapat hubungi ahli keluarga yang lain sudah sembilan hari,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysia dan bersyukur dapat menetap di negara ini.

Yousuf bekerja di Malaysia dan sudah menetap selama 9 tahun

Menerusi satu temu bual di stesen radio Zayan, Yousuf dikatakan sudah menetap dan bekerja di Malaysia selama 9 tahun bagi membantu keluarganya yang berada di Gaza.

Jelas Yousuf lagi, salah seorang adiknya juga tidak dapat dijumpai selama lebih 30 hari selepas rumah mereka dibom oleh tentera Israel.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.