fbpx
Now Reading
Komen ‘Takleh Lawan Nisa AI’ Jadi Trending, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan & Minta Dihentikan [Video]

Komen ‘Takleh Lawan Nisa AI’ Jadi Trending, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan & Minta Dihentikan [Video]

Nisa pada masa sama turut meminta agar para TikTokers yang lain tidak menggunakan trend yang sedang tular itu sebagai salah satu marketing mereka untuk menjual produk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesuatu perkara yang ‘trending’ di media sosial kebiasaannya akan menjadi ikutan ramai. Tidak dinafikan sebahagian trend tersebut agak menghiburkan.

Namun, jika ia dilakukan berulang kali lebih-lebih lagi oleh ribuan orang, perkara yang lucu atau menghiburkan pasti akan berubah menjadi sesuatu yang menjengkelkan.

Seperti kebelakangan ini, video-video di aplikasi TikTok kerap dihujani dengan komen yang bertulis ‘takleh (tak boleh) lawan Nisa AI’ sehingga menimbulkan perasaan  kurang senang buat para pengguna media sosial yang lain.

Tuan badan tampil beri penjelasan asal usul ‘Tak boleh lawan Nisa AI’

Susulan itu, tuan badan yang dimaksudkan, Wan Nur Anisa atau lebih dikenali sebagai AI Nisa tampil memberi penjelasannya berhubung trend terbabit.

Menerusi hantaran video di akaun TikTok miliknya (@nesslow_), Nisa memaklumkan perkataan AI itu adalah singkatan bagi nama Alieff Irfan memandangkan dia merupakan salah satu ‘talent’ kendalian YouTuber terbabit.

Foto: Instagram/irfxn__

Cerita titik permulaan trend komen ‘tak boleh lawan Nisa AI’

Menurutnya, titik permulaan terhadap ‘trend’ tersebut berlaku selepas salah seorang influencer wanita meniru gaya tarian yang dimuat naik olehnya di TikTok.

Jelas Nisa, bagaimanapun rata-rata penonton yang dipercayai daripada peminatnya telah memberikan komen bahawa tarian pempengaruh wanita itu tidak setanding dirinya.

“Tapi di hantaran yang lain, ada juga yang buat trend sama dan tak tahulah macam mana fikiran diorang (netizen) masa itu komen perkara yang sama iaitu ‘tak boleh lawan Nisa AI’.

“Saya bukan suruh diorang untuk komen benda-benda tersebut, maaf saya bukan jenis macam itu. Di situ lah titik permulaan orang ‘mengejek’ dekat mana-mana hantaran pun orang buat trend itu,” katanya.

Makin keterlaluan, video sensitif turut mendapat komen yang sama

Menurutnya lagi, namun perkara tersebut dilihat sudah keterlaluan apabila video-video yang dianggap sensitif di TikTok seperti kemalangan, ceramah, mahupun isu mengenai Palestin turut dihujani dengan komen sedemikian.

“Komen itu bukan sepenuhnya daripada peminat saya, ada yang baru kenal saya, ada yang dah kenal saya dan ada yang betul-betul peminat saya.

“Bila orang tengok komen-komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai’ yang lain jadi nak terikut sebab saya tengok yang komen semua peringkat usia pun ada,” katanya lagi.

Pada masa sama, Nisa juga meminta agar para TikTokers yang lain tidak menggunakan trend yang sedang tular itu sebagai salah satu marketing mereka untuk menjual apa-apa produk.

Nisa minta agar komen sedemikian dihentikan

Di akhir perkongsiannya, dia juga meminta para pengguna media sosial agar berhenti memberi komen sedemikian di mana-mana hantaran video di TikTok.

“Saya harap tolong stop komen nama saya ‘tak boleh lawan Nisa AI’, sebab perkara ini bukan hanya boleh burukkan nama saya, tapi nama AI Team juga.

“Saya minta maaf, minta ampun untuk siapa-siapa yang pernah tegur saya. Terima kasih pada yang tegur saya,” ujarnya.

@nesslow_

Harap korang semua faham 🙏🏻❤️

♬ Crolatte – Sped Up – Yunan Helmi
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.