fbpx
Now Reading
Akaun Boleh Disekat Sekiranya Pindah ‘Peer-To-Peer’ Atau Tebus Tunai RM100 eMadani – MOF

Akaun Boleh Disekat Sekiranya Pindah ‘Peer-To-Peer’ Atau Tebus Tunai RM100 eMadani – MOF

Menurut MOF, program eMadani dilancarkan dengan tujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai (cashless payments).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima inisiatif eMadani sekiranya ada individu yang dikesan melakukan kesalahan di bawah program tersebut.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan hari ini (4 Disember) berkata, langkah itu akan diambil sekiranya terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

eMadani bertujuan untuk galakkan ekonomi digitan dan pupuk budaya bayar tanpa tunai

Jelas kementerian itu, program eMadani dilancarkan dengan tujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai (cashless payments).

“Oleh itu, kredit eMadani tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

“Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu ShopeePay MAE, Setel dan Touch’ n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit/perniagaan di seluruh negara,” katanya.

MOF nasihat orang ramai untuk berwaspada daripada jadi mangsa ‘scam’ eMadani

Selain itu, MOF turut menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMadani oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMadani daripada menjadi mangsa penipuan dan sekali gus hilang kredit eMadani mereka,” katanya lagi.

MOF juga memaklumkan bahawa kementeriannya tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Pendaftaran eMadani dibuka hari ini sehingga 20 Februari 2024

Untuk info, pendaftaran program eMadani telah dibuka hari ini (4 Disember) sehingga 20 Februari 2024 yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat dewasa di negara ini yang layak meliputi golongan B40 dan M40.

Syarat untuk menebus kredit eMadani ini mesti seseorang yang berumur 21 tahun ke atas dan memiliki pendapatan tahunan bawah RM100,000.

Namun mereka yang sudah menebus inisiatif eBelia Rahmah tidak layak untuk menerima kredit program ini.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.