fbpx
Now Reading
Pemansuhan Subsidi Tidak Akan Dilaksanakan Secara Serentak

Pemansuhan Subsidi Tidak Akan Dilaksanakan Secara Serentak

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi bagi mengelakkan ketirisan serta memastikan golongan yang layak mendapat manfaat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, isu subsidi antara topik utama yang dibincangkan dalam kalangan masyarakat.

Antara yang dibangkitkan adalah barang-barang subsidi seperti beras, minyak masak dan petrol yang sebelum ini dinikmati oleh setiap individu tanpa mengira status dan pendapatan.

Yang menjadi isunya adalah apabila subsidi itu tidak dinikmati oleh golongan yang memerlukan, sebaliknya ia dilihat memanfaatkan golongan kaya dan warga asing.

Malah, turut timbul beberapa isu seperti penyeludupan barang subsidi ke luar negara serta bekalan stok yang berkurangan hingga menganggu keperluan isi rumah.

Ekoran daripada isu ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bakal mensasarkan semula pemberian subsidi kepada golongan yang layak bermula tahun hadapan.

Subsidi Tidak Akan Dimansuhkan Secara Serentak

Terbaharu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican berkata, pemansuhan subsidi tidak akan dilakukan secara serentak namun ia akan dimansuhkan secara perlahan-lahan.

Ini kerana tindakan memansuhkan subsidi dalam satu masa boleh menyebabkan peningkatan kos sara hidup serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi terutama pertumbuhan perniagaan dan pelaburan di negara ini.

Menurut beliau lagi, kerajaan sedang mengkaji untuk menarik beberapa subsidi sementara secara beransur-ansur.

“Seperti mana yang telah dijelaskan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam pembentangan belanjawan baru-baru ini, antara yang telah dirancang adalah penarikan subsidi ayam dan telur selepas mengambil kira keadaan pembekalan yang telah stabil.

“Kerajaan juga meneruskan subsidi bersasar untuk tenaga elektrik dan selanjutnya diesel,” katanya yang dipetik daripada Bernama.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan bahawa kerajaan akan tetap meneruskan pemberian subsidi namun secara bersasar kepada rakyat.

Ia bagi mengelakkan ketirisan serta memastikan golongan yang layak mendapat manfaat.

Tambah Anwar lagi, peningkatan Belanjawan 2024 dijangka mencecah RM81 bilion berbanding RM64 bilion dalam belanjawan 2023 susulan daripada langkah kerajaan yang mengekalkan harga subsidi walaupun berhadapan dengan kenaikan harga komoditi dunia.

Baca Artikel Berkaitan: “Subsidi Bantuan Untuk Orang Susah, Bukan Untuk Orang Kaya” – Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Tersilap Langkah Dalam Pemberian Subsidi – Ahmad Maslan

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya, Kata PM Anwar Ibrahim

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.