fbpx

Rakan-Rakan Tidur Di Rumah Allahyarham Zaharif, Tak Nak Ibu Bapa Arwah Rasa Sedih & Sunyi

Dalam pada itu, ibu Allahyarham Zaharif juga reda dengan pemergian anaknya dan memilih untuk memaafkan si pelaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakan-rakan Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie bermalam di rumah ibu bapa arwah kerana ingin mengubati kesedihan dan kesunyian kedua-dua insan terbabit yang baru sahaja kehilangan anak tersayang pada 15 Disember lalu.

Zaharif yang berusia 17 tahun itu meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Perodua Ativa yang dipandu seorang pegawai kanan polis.

Rakan-rakan arwah Zaharif datang minta izin tidur di rumah

Ibu Allahyarham Zaharif, Mimi Julia Ismail berkata, rakan-rakan arwah anaknya itu datang ke rumahnya untuk meminta izin tidur di sana bagi menemani dia dan suaminya.

Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@mimijulia01), kelihatan beberapa rakan kepada Allahyarham Zaharif sedang tidur di ruang tamu rumah terbabit.

“Kawan-kawan arwah (Zaharif) minta izin nak tidur di rumah. Katanya nak teman ibu dan abah. Tak nak tinggal ibu dan abah supaya tak sedih.

“Allahu anak, awak tengok kawan-kawan awak ini, Insya-Allah semoga ukhwah ini berterusan,” tulisnya di dalam video.

Ibu arwah Zaharif reda dan maafkan si pelaku

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran berasingan, Mimi Julia menyatakan dia reda dengan pemergian anak bongsunya itu dan memilih untuk tidak mahu berdendam kerana ia lebih menyakitkan.

“Ibu reda dengan pemergianmu, hidup ibu dan abah juga hanya tinggal saki-baki yang ibu sendiri tidak tahu bila ia akan berakhir.

“Sememangnya kadang kadang hati ibu rasa kecewa, sakit hati, sedih dan marah pada si pelaku tapi ibu kuatkan hati untuk memaafkan saja. Ibu tidak mahu berdendam kerana itu lebih menyakitkan,” luahnya.

Kejadian yang meragut nyawa Allahyarham Zaharif berlaku pada 15 Disember sekitar jam 12.30 tengah hari berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Jalan Taman Jati 1, Ipoh, Perak.

Kejadian berlaku akibat rasa tidak puas hati dengan bunyi ekzos motosikal arwah

Difahamkan kejadian kemalangan itu berlaku kerana pemandu Ativa terbabit didakwa tidak berpuas hati kerana Zaharif membuat bising menggunakan ekzos motosikal.

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar 17 Tahun Maut Kes Langgar Lari Depan Sekolah Di Ipoh

Pada 18 Disember lalu, pemandu kereta tersebut, Mohd. Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat Deputi Superintendan (DSP) didakwa di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 302 atas pertuduhan membunuh.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Kanan Polis Didakwa Atas Tuduhan Membunuh

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.