fbpx
Now Reading
Jangan Terus Berus Gigi Lepas Muntah! Doktor Ini Jelaskan Sebabnya [Video]

Jangan Terus Berus Gigi Lepas Muntah! Doktor Ini Jelaskan Sebabnya [Video]

Selain muntah, terdapat beberapa situasi lain yang tidak sesuai untuk terus memberus gigi selepas selesai melakukannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dari kecil lagi kita sudah diajar di rumah mahupun di sekolah untuk memberus gigi agar gigi sentiasa sihat dan bersih.

Rata-rata rakyat Malaysia juga sememangnya sudah mengerti tentang keperluan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu malam sebelum tidur dan waktu pagi selepas bangun tidur.

Malah ada individu yang memberus gigi lebih daripada dua atau tiga kali dalam masa sehari demi memastikan giginya sentiasa bersih.

Ada situasi tak boleh terus gigi selepas melakukannya?

Bagaimanapun, tidak semua situasi membolehkan kita untuk terus memberus gigi sebaik melakukannya kerana ia juga dapat memberi kesan buruk.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @drqis, seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr. Qistina berkongsi beberapa situasi yang tidak boleh terus memberus gigi.

Jangan terus berus gigi selepas muntah

Situasi pertama adalah ketika muntah, beliau menasihati orang ramai agar tidak terus memberus gigi sebaik sahaja selepas muntah.

Ini kerana cecair muntah yang keluar daripada mulut adalah berasid yang boleh menyebabkan hakisan gigi.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Freepik)

Cara yang betul adalah segera berkumur dengan air kosong sejurus selepas muntah. Ia penting untuk membilas sisa muntah serta asid perut yang melekat pada permukaan gigi agar hakisan gigi tidak berlaku.

Jangan terus berus gigi selepas makan, tunggu sekurang-kurangnya 30 minit

Selain selepas muntah, terus memberus gigi selepas selesai makan juga tidak digalakkan oleh Dr Qistina kerana pada ketika itu kandungan asid di dalam mulut juga berkemungkinan tinggi.

Hal ini kerana makanan yang mengandungi asid sitrik seperti limau dan lemon melemahkan enamel gigi sekaligus boleh menjejaskannya sekiranya terus memberus gigi.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Susulan itu, beliau menasihati orang ramai untuk memberus gigi sekurang-kurangya 30 minit selepas makan.

Dalam pada itu, Dr. Qistina turut menasihati orang ramai untuk tunggu sekurang-kurangnya satu jam sebelum memberus gigi selepas mengambil makanan dan minuman yang manis.

@drqis

You dont have to brush all your teeth, just the ones you want to keep 😏 #berusgigi #klinikgigi #drqis #ladenta

♬ Stories 2 – Danilo Stankovic
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.