fbpx
Now Reading
Gara-Gara Keluar Kenyataan Berbaur Rasis, Ejen Hartanah Diberhentikan Serta-Merta

Gara-Gara Keluar Kenyataan Berbaur Rasis, Ejen Hartanah Diberhentikan Serta-Merta

Susulan daripada kenyataan biadap itu, wanita tersebut meminta agar hantarannya itu ditularkan agar ejen hartanah berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular di media sosial satu hantaran di laman X (Twitter) yang dibuat oleh seorang wanita berhubung seorang lelaki yang juga ejen hartanah dari sebuah syarikat hartanah yang didakwa memberi kenyataan berbaur rasis terhadapnya.

Menerusi hantaran tersebut dia tidak dapat menerima tindakan tidak sopan ejen yang dikenali sebagai Alan sewaktu berbual menerusi aplikasi WhatsApp.

Ejen hartanah didakwa keluarkan kenyataan berbaur rasis

Dalam hantaran itu wanita berkenaan turut memuat naik tangkap layar perbualannya bersama ejen berkenaan.

Kelihatan dalam perbualan tersebut dia telah menegur Alan agar tidak terlalu sombong apabila membalas kepada pelanggan tanpa sebab yang kukuh.

Namun jawapan ejen lelaki berkenaan adalah dia tidak kisah apa yang ingin difikirkan oleh wanita terbabit. Malah dia memberitahu tidak mahu mempunyai urusan perniagaan dengan individu daripada kaum tertentu.

Minta ejen buat permohonan maaf secara terbuka

Dia kemudian menyekat pelanggan berkenaan. Mungkin berang dengan tindakan lelaki berkenaan yang dianggap kurang ajar, wanita itu kemudian berkongsi perkara tersebut di media sosial dan mahu orang ramai untuk menularkannya.

Malah dia turut meminta lelaki tersebut untuk memohon maaf secara terbuka selain tidak mahu ia turut berlaku kepada orang lain.

Syarikat hartanah berhentikan ejen keluar kenyataan berbaur rasis serta-merta

Terbaharu, syarikat hartanah IQI Global telah tampil memaklumkan Alan telah diberhentikan secara serta-merta.

“Selepas siasatan dilakukan dan pengakuan daripada Alan Chia berhubung isu berkenaan, pihak kami telah memberhentikannya berkuat kuasa serta-merta dan dia tidak lagi beperanan sebagai ejen IQI,” kata syarikat itu dalam satu hantaran di X.

Menurut syarikat itu lagi, mereka mempunyai kumpulan kakitangan dan ejen yang terdiri dapada pelbagai negara termasuk Malaysia, Filipina, India, Pakistan, China, Kemboja dan juga Kanada.

“Kami menentang sebarang perbuatan berbentuk diskriminasi dan akan mengambil tindakan tegas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.