Tak Bangga Lahir Di Malaysia, Finalis Miss International Malaysia Terima Kecaman Hebat
Malah Abby Lee turut mendedahkan menyertainya pertandingan ratu cantik atas dasar minat dan bukan kerana cintakan Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang finalist Miss International Malaysia 2022 menjadi topik perbualan hangat netizen selepas tular beberapa hantaran lamanya yang disifatkan tidak patriotik selain merendahkan-rendahkan rakyat Malaysia.
Kisah Abby Lee mula menjadi perhatian orang ramai selepas seorang pengguna Facebook, Hui Yue berkongsi kepada orang ramai beberapa tangkap layar posting yang pernah dimuatnaik gadis tersebut di Instaram miliknya yang diilihat secara terang-terangan memperlekehkan Malaysia dan rakyatnya.
Malah dia juga dikatakan bersikap rasis dan xenofobia terhadap mereka yang berasal dari negara Asia Selatan dan Asia Tengah.
Tak pernah anggap diri rakyat Malaysia
Menerusi salah satu tangkap layar yang dikongsikan, Abby Lee turut dilihat mengeluarkan kenyataan bahawa dia memilih untuk turut serta dalam pertandingan ratu cantik itu atas dasar minat dan bukan kerana cintakan negara ini.
“Saya sertai (pertandingan ratu cantik) atas dasar minat, bukan kerana cintakan negara saya.
“Mereka yang rapat dengan saya tahu yang saya tidak pernah ambil tahu tentang negara itu. Saya tak pernah menganggap yang saya adalah rakyat Malaysia dan sentiasa mahu berhijrah,” katanya dipetik dari Malaymail.
Berharap lahir di China atau Jepun
Bukan itu sahaja, wanita ini turut dilihat mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal apabila meluahkan kekesalannya kerana dilahirkan di sebuah perkampungan di Malaysia dan bukannya di China atau Jepun yang dia sentiasa pandang tinggi.
Semua ini hanya kerana rasa ketidakpuasan hatinya selepas seorang jurugambar di Miss International Malaysia tidak mengambil fotonya dengan baik sewaktu pertandingan itu berlangsung.
Lebih sokong Lin Dan dari Lee Chong Wei
Menerusi perkongsian Hui Yee lagi, Abby juga didakwa tidak patriotik apabila berkali-kali membaling barang ke arah ahli keluarganya sewaktu menonton satu perlawanan badminton di antara lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang sedang berentap bersama jaguh China, Lin Dan.
Dia didakwa membaling barang ke arah bapanya setiap kali Chong Wei berjaya memungut mata. Bukan itu sahaja, dia juga kerap kali menyalahkan ibu bapanya kerana tidak menghantarnya menyambung pelajaran di luar negara.
Perkongsian tersebut nyata membangkitkan kemarahan majoriti rakyat Malaysia yang membacanya. Ramai yang merasakan dia begitu keterlaluan dan rasis selain langsung tidak mempunyai kualiti untuk bergelar ratu cantik.
Buat permohonan maaf
Menyedari namanya teruk dikecam, Abby tampil menerusi satu hantaran di IG Story menafikan dakwaan berkenaan.
Menurutnya dia langsung tidak mempunyai niat untuk melukakan mana-mana pihak selain meminta maaf kerana telah melibatkan Miss International Malaysia.
Dalam hal membabitkan jurukamera itu pula, dia mendakwa keadaannya pada waktu adalah tidak begitu baik dan sedikit beremosi. Justeru dia memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terkesan dengan kenyataannya.