fbpx
Now Reading
“Ini Misleading!” – Ramai Tak Setuju Malaysia Di Tempat Ke-2 Negara Paling Racist Di Dunia

“Ini Misleading!” – Ramai Tak Setuju Malaysia Di Tempat Ke-2 Negara Paling Racist Di Dunia

Selain dari tinjauan tahap perkauman, portal ini turut menyenaraikan Malaysia di tempat ke 5 bagi negara yang paling banyak berdepan diskriminasi agama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk yang kaya dengan budaya, adat resam serta bangsa yang pelbagai.

Malah sikap toleransi pelbagai kaum yang diamalkan rakyat Malaysia telah menjadi kunci kepada kemakmuran dan pembangunan sehingga negara kita mampu berdiri gah sama tinggi dengan negara maju yang lain.

Rakyat Malaysia kedua paling racist selepas Afrika Selatan

Namun satu tinjauan yang dilakukan sebuah portal data, Index Mundi telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara kedua paling racist di dunia selepas Afrika Selatan, yang suatu masa dahulu cukup dikenali dengan dasar aparteid mereka.

Difahamkan Tinjauan Diskriminasi Kaum (Racial Discrimination Survey) itu telah menyediakan soalan seperti “Sebesar manakah masalah diskriminasi kaum di negara anda?” bagi mengukur tahap perkauman di sesebuah negara tersebut.

Ternyata hasilnya kurang memberangsangkan di mana index mata Malaysia mencapai 6.32, tidak jauh dari index mata Afrika Selatan (6.86).

Statistik tersebut yang dipercayai sudah tersedia sejak beberapa tahun lalu kemudiannya tular di media sosial di mana rata-rata rakyat Malaysia dilihat kurang berpuas hati dengan hasil tinjauan dengan ramai merasakan isu rasisme di negara ini tidak seteruk di negara-negara lain.

Hanya libatkan 451 responden dan 1 soalan

Apa yang lebih menjengkelkan pengguna media sosial apabila data ini diambil dengan hanya berpandukan pada satu soalan dan jumlah penglibatan responden seramai 451 orang.

“Data terlalu misleading..”

Malah ada yang merasakan statistik ini begitu mengelirukan dan tidak diukur dengan cara yang betul. Ini kerana mereka berpendapat masalah perkauman di negara ini hanya dibangkitkan ahli politik walhal ia bukan isu besar di kalangan orang kebanyakan.

Malaysia ke-5 dalam diskriminasi agama

Selain dari tinjauan tahap perkauman, portal ini turut menyenaraikan Malaysia di tempat ke-5 bagi negara yang paling banyak berdepan diskriminasi agama.

Apa yang mengejutkan statistik menunjukkan tiada negara dari Kesatuan Eropah (EU) yang berada dalam senarai Top 10 walhal Perancis sebagai contoh telah meluluskan pindaan rang undang-undang pemisahan yang melarang wanita berumur di bawah 18 tahun di negara itu daripada memakai pakaian keagamaan di tempat-tempat awam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.