fbpx
Now Reading
Wanita Dakwa Pemilik Car Wash Biadap, Enggan Mengaku Patahkan Kunci Kereta Selepas Cuci

Wanita Dakwa Pemilik Car Wash Biadap, Enggan Mengaku Patahkan Kunci Kereta Selepas Cuci

Pelanggan wanita tersebut turut menyifatkan pemilik car wash itu sebagai biadap dan tidak profesional.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video pertengkaran di antara seorang wanita dengan seorang lelaki yang dipercayai pemilik sebuah pusat cuci kenderaan (car wash) di Johor Bahru.

Menerusi luahan pelanggan terbabit di akaun Facebook miliknya, difahamkan perkara tersebut berlaku kerana kerosakan kunci kereta selepas dihantar ke pusat cuci kenderaan itu pada Ahad lalu (14 Januari).

Pemilik car wash biadap, tak nak bertanggungjawab

Dakwanya, pemilik kedai tersebut juga bersikap biadap terhadap dirinya dan suami semasa berada di sana untuk menyelesaikan tentang perkara terbabit.

Tidak hanya itu, wanita terbabit juga mendakwa bahawa pemilik car wash itu menafikan yang pihaknya ada merosakan kunci sebaliknya menuding kesalahan terbabit kepada pelanggan berkenaan.

“Suami pergi kedai car wash itu semula dan dia (pemilik kedai) fitnah saya yang hidupkan enjin kereta padahal masa itu saya datang ambil kereta enjin dah dihidupkan.

“Suami datang semula jumpa saya dan kata owner itu kata dia bagi kunci dekat saya dan saya yang hidupkan sendiri kereta itu.

“Kemudian saya pergi semula ke car wash tersebut bersama dengan suami untuk berjumpa owner itu. Bukan kita nak gaduh atau minta ganti rugi, tapi sekurang-kurangnya minta maaf atau hantar pekerja untuk periksa dahulu.

“Tapi sampai sana dia halau saya dan suami padahal suami cakap baik-baik dengan dia siap panggil abang dekat dia.

Menurutnya, pemilik kedai cuci kenderaan itu tidak mempunyai perasaan untuk bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku, sebaliknya hanya memberi kata-kata makian.

RM450 Jumlah kerugian kunci yang ditanggung

Jelasnya lagi, jumlah kerugian yang dialami disebabkan kerosakan kunci kereta itu adalah bernilai RM450.

“Dengan angkuh dia kata dia tak nak tengok, dia tak salah, tak nak bertanggungjawab. Kurang ajar botak ni,” luah wanita itu.

Penularan video dan hantaran itu telah mencetuskan berdebatan hangat di media sosial di mana ada yang menyokong pelanggan tersebut dan ada juga yang memihak kepada pemilik car wash terbabit.

Pemilik car wash buat permohonan maaf, akui kesilapan diri bersikap tidak profesional

Sementara itu, pemilik kedai cuci kenderaan tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook membuat permohonan maaf secara terbuka atas kelakuannya yang disifatkan sendiri sebagai tidak profesional.

Ujarnya, dia akan membuat aduan untuk pelindungan dan bukannya ancaman selepas dinasihati oleh seorang individu yang menghubunginya.

Dia bagaimanapun menjelaskan video yang tular itu hanya dirakam selepas dia hilang sabar.

“Saya mengakui kesalahan hilang sabar, kelakuan kurang sopan atas tuduhan kepada saya. Kelakuan saya tidak profesional.

“Video tersebut hanya ditayangkan apabila saya hilang sabar. Saya diancam oleh pelangan dan sebab itu saya berkelakuan kurang sopan.

“Maaf sekali lagi dengan kelakuan saya yang tidak membawa kehormatan dan juga dipandang hina. Harap menjadi satu tauladan dan pelajaran untuk kita semua,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.