fbpx

Isu Triton Lumpur, TikTokers Adik Jun Tampil Mohon Maaf & Beri Penjelasan [Video]

Adik jun mengakui kesilapan pihaknya yang tidak membuat penilaian terperinci terlebih dahulu sebelum membeli kereta berkenaan untuk dijual kepada pelanggan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang individu yang tidak berpuas hati apabila kereta jenis Mitsubishi Triton yang baru dibelinya di sebuah syarikat yang menjual kereta terpakai rosak selepas 48 jam digunakan.

Apa yang mengejutkan, kereta tersebut yang dibawa ke sebuah bengkel untuk pemeriksaan mendapati terdapat kesan lumpur pada bahagian bawah kereta berkenaan termasuk di bahagian kotak gear.

Tidak hanya itu, mileage juga dipercayai sudah diubah apabila pusat servis Mitsubishi menyatakan bahawa mileage sebenar kereta tersebut sudah mencecah 200,000 kilometer pada tahun 2020 dan bukannya 76,700 kilometer seperti yang tertera pada meter.

TikTokers Adik Jun tampil mohon maaf dan beri penjelasan

Terbaharu, TikTokers terkenal, Adik Jun yang juga ‘shareholder’ syarikat menjual kenderaan terpakai berkenaan tampil memberi penjelasan berhubung isu terbabit.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@adikjun_kereta), dia turut memohon maaf kepada pemilik kereta tersebut atas perkara yang berlaku ini.

Adik Jun akui kesilapan QC team, gagal periksa mileage sebelum beli kereta daripada broker

Menurutnya, berhubung isu mileage, dia mengakui kesilapan pihaknya yang tidak membuat penilaian terperinci terlebih dahulu sebelum membeli kereta berkenaan untuk dijual kepada pelanggan.

“Saya nak minta maaf sebab kita punya QC team (quality check) tak cukup keras dan tak cukup bijak untuk pergi periksa di pusat servis. Saya akan perbaiki QC team dan tambah ahli untuk periksa kereta di pusat servis tentang mileage sebenar.”

Influencer automotif, Adik Jun

Dalam enjin ada lumpur, pihak syarikat tak boleh buka dan periksa bahagian enjin

Mengenai dakwaan kereta banjir pula, Adik Jun berkata kenderaan itu tidak pernah menghadapi kerosakan kerana banjir sebaliknya mungkin pernah meredah kawasan air yang berlumpur.

Jelasnya lagi, pihak syarikat juga tidak mengetahui tentang isu lumpur itu kerana tidak boleh membuka bahagian enjin bagi melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut.

“Kenapa kereta ini ada lumpur dan kita tak check, sebab lumpur ada dalam enjin, kita tak boleh buka atau angkat enjin.

“Seperti pemilik kereta cakap, mungkin kereta ini pernah melalui kawasan air yang berlumpur, itu sebab dalam enjin ada lumpur, tapi dia bukan kereta banjir,” katanya lagi.

Adik Jun juga telah bertemu dengan pemilik Triton berkenaan bagi membincangkan masalah terbabit serta mencari jalan penyelesaian bagi kedua-dua pihak dan menurutnya ia telahpun diselesaikan dengan cara yang baik.

Semakan kami mendapati, hantaran asal mengenai isu tular terbabit yang dimuat naik oleh pemilik Triton di laman Facebook telahpun dipadam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.