fbpx

Kongsi Doa Kuat Alat Kelamin Lelaki, Ini Penjelasan Ustazah Norhafizah

Menurut Ustazah Norhafizah doa tersebut diperlukan bagi sesiapa yang ingin meminta kepada Allah SWT untuk mengatasi masalah (kelamin) tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila terdapat netizen yang mempersoal tindakan pendakwah bebas, Datuk Dr Norhafizah Musa yang berkongsi doa menguatkan alat kelamin lelaki kepada para wanita dalam satu majlis.

Dalam video tersebut, beliau yang mesra dipanggil ustazah Norhafizah turut membaca doa tersebut dan meminta para wanita untuk merakamnya agar boleh dikongsikan kepada suami.

Video itu kemudian mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen apabila ada yang mengecamnya dan ada juga yang menyokong tindakan ustazah berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Netizen Persoal Tindakan Ustazah Kongsi Doa Kuatkan Alat Kelamin Lelaki Di Majlis Khas Untuk Wanita [Video]

Ustazah Norhafizah tampil beri penjelasan isu doa kuatkan alat kelamin

Terbaharu, Ustazah Norhafizah tampil menjelaskan bahawa video yang tular itu hendaklah diteliti dari konteks yang mendalam serta menyeluruh.

Perkara itu dilakukan agar ia tidak disalahertikan.

“Ketika itu kami sedang membincangkan topik mati putik jadi saya bercakap dari sudut hukum hakam dan bagaimana Islam melihat tentang keperluan melayan suami.

“Jadi doa yang saya kongsikan itu memang doa yang diperlukan untuk memohon kepada Allah SWT bagi mengatasi masalah tersebut kepada sesiapa yang menghadapi masalah seperti itu.

“Bukanlah doa itu tidak ada sandarannya, saya dah kongsi juga sandaran, nama kitab dan nama ulama’ yang menyebut doa tersebut tetapi saya nak jelaskan doa itu bukan disandarkan oleh Rasulullah SAW,” ujarnya, dipetik Gempak.

Pendirian mengenai doa tersebut bergantung kepada individu

Ujar beliau lagi, pendirian atau pandangan mengenai perkongsian ilmu serta doa adalah bergantung kepada individu.

Malah katanya dia tidak membuat lawak lucah mahupun mengeluarkan kata-kata yang tidak patut sebaliknya berkongsi doa ketika majlis ilmu.

Menurutnya tetamu yang datang pada majlis tersebut turut berdepan dengan isu atau masalah berkenaan.

“Jadi mungkin yang komen negatif itu tidak memerlukan doa itu, sebenarnya lebih baik netizen yang kritik itu tonton video penuh dan bersangka baik.

“Tapi saya bersyukur juga kerana ada segelintir yang berterima kasih dan ingin mengamalkan doa tersebut.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.