Nak Terus Balik JB Lepas Konsert Di Singapura? Ini Panduan Untuk Anda
Perjalanan pulang dari Stadium Nasional Singapura ke Johor Bahru menaiki MRT dan bas adalah sekitar satu jam 45 minit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak akhir-akhir ini, banyak persembahan konsert melibatkan artis antarabangsa telah dan akan berlangsung di Singapura.
Sebelum ini, konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour selama enam hari telah diadakan di Stadium Nasional Singapura pada 23, 24, 26, 27, 30, 31 Januari 2024.-ADVERTISEMENT-
Baca Artikel Berkaitan: Coldplay Tambah Hari Ke-6 Di Singapura, Netizen Mula Beri Reaksi Kelakar
Pada bulan Mac nanti, Taylor Swift pula akan melakukan persembahan selama enam hari di Singapura bersempena dengan konsert jelajah antarabangsa ‘The Eras Tour’.
Baca Artikel Berkaitan: Peminat Kecewa Taylor Swift Buat Konsert 3 Hari Di Singapura, Malaysia Tidak Tersenarai
Baca Artikel Berkaitan: Lebih 1 Juta Pengguna UOB Sertai Pra-Jualan Tiket Konsert Taylor Swift Hari Ini, 5 Julai
Panduan Untuk Pulang Ke Johor Bahru Selepas Tonton Konsert Taylor Swift Dari Singapura
Memandangkan Taylor Swift tidak akan mengadakan konsert di Malaysia, pasti ramai peminat di negara ini akan menonton persembahan tersebut di Singapura.
Kepada anda yang bercadang untuk terus pulang ke Johor Bahru, Malaysia dari Singapura, seorang pengguna TikTok (@graciemgw) telah berkongsi video panduan untuk pulang ke JB menaiki MRT.
Panduan tersebut adalah seperti berikut:
- Naik MRT di Stesen Stadium dan turun di Stesen Promenade.
- Selepas tiba di Stesen Promenade, bergerak ke laluan Downtown dan naik MRT Bukit Panjang ke Stesen Stevens.
- Turun di stesen Stevens, cari papan tanda ke platform Thompson-East Coast Line (TEL) dan naik MRT ke stesen Woodlands North.
- Selepas tiba di stesen Woodlands North, keluar dari stesen dan cari hentian bas. Pilih laluan menunggu bas yang mempunyai servis bas bernombor 911 ke Woodlands Train Checkpoint.
Wanita ini juga menceritakan perjalanannya dari MRT Stadium bermula jam 10:45 malam dan mula menaiki bas yang tiba di stesen MRT Woodlands North pada jam 11:40 malam.
Selepas tiba di kastam Singapura di Woodlands, boleh turun ke bawah dan tunggu bas kod CW.
Kemudian, wanita ini tiba dengan selamat di JB sekitar jam 12:30 pagi.
Panduan Untuk Pergi Singapura Menaiki Tren KTM
Perjalanan balik sudah tahu, macam mana pula nak pergi ke Singapura dari JB? Antara pengangkutan yang anda boleh naiki dari Johor Bahru adalah tren KTM.
Perkara penting yang anda kena buat adalah menempah tiket tren KTM. Jom kami beri tunjuk ajar.
- Muat turun aplikasi KTMB Mobile untuk memudahkan urusan pembelian tiket kereta api secara atas talian.
- Klik pada ‘Shuttle Tebrau’ dan pilih JB Sentral sebagai lokasi berlepas dan Woodlands CIQ sebagai lokasi ketibaan.
- Datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu kereta api berlepas kerana anda perlu beratur di kaunter untuk membolehkan pasport diimbas sebagai tiket di pintu masuk.
- Selepas turun di pintu masuk, bersedia untuk pemeriksaan kastam.
- Selesai beratur di bahagian kastam, anda akan keluar turun ke bahagian ruangan ketibaan kereta api.
- Pilih mana-mana tempat duduk di dalam kereta api.
- Tunggu sehingga kereta api bergerak untuk meneruskan perjalanan anda memasuki Singapura menerusi pintu masuk Woodlands.
- Selepas lima minit, kereta api akan berhenti di Woodlands Train Checkpoint bagi membolehkan penumpang membuat pemeriksaan pasport dan imbasan barangan di bahagian imigresen.
- Selesai pemeriksaan imigresen, keluar dari kawasan Woodlands Train Checkpoint dan bergerak ke hentian bas.
- Naik bas kod CW01 ke Kranji dengan harga $1SGD (RM3.34) dan mengambil masa 15 minit untuk tiba di hentian bas MRT Kranji.
- Selepas tiba di MRT Kranji, beli kad Ezlink dengan harga $10SGD (RM33.39) untuk membolehkan anda menaiki bas dan MRT di Singapura.
Nota: Kad Ezlink yang dibeli akan mempunyai wang $5SGD di dalamnya. Kemudian kami menambah nilai kad tersebut berjumlah $10SGD dan kini mempunyai baki sebanyak $15SGD.
Difahamkan, pintu stadium untuk konsert Taylor Swift akan dibuka pada jam 6:00 petang. Kalau anda datang ke Singapura dan berjalan-jalan dulu pun okey juga.
Antara tempat menarik di Singapura adalah:
- Universal Studios Singapore
- Gardens by the Bay
- Merlion Park
- Haji Lane
- Lapangan Terbang Changi
Baca Artikel Berkaitan: Trip Balik Hari Johor Bahru-Singapura Dengan Bajet RM220 Je! Cukup Untuk Naik MRT, Bas & Makan
Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Lokasi & Aktiviti Menarik Bila Bercuti Di Singapura