Konsert Taylor Swift Di Singapura Ditambah 3 Hari Lagi
Penambahan tiga hari menjadikan total konsert Taylor Swift itu bakal berlangsung selama enam hari disamakan seperti Coldplay disebabkan permintaan yang tinggi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja tentang nama penyanyi antarabangsa, Taylor Swift ini pasti ramai yang akan mula menyanyikan lagunya seperti Shake It Off, Love Story, Enchanted, serta banyak lagi.
Malah ramai yang mula teruja sebaik sahaja penyanyi terkenal mengumumkan bakal membuat konsert iaitu Taylor Swift The Eras Tour yang bermula pada Ogos tahun ini.
Antara negara yang bakal dijelahinya adalah Mexico, Argentina, Jepun, Autralia, Singapura serta banyak lagi.
Konsert Taylor Swift tambah 3 hari lagi
Namun apa yang menjadi perhatian pada baru-baru ini apabila penyanyi itu menambah tiga hari lagi konsert di Singapura yang akan dilakukan pada awal Mac 2024 menjadikannya sebanyak enam hari.
Menurut laporan The Star yang dipetik Bloomberg, penganjur memaklumkan perkara itu semalam (25 Jun) sebelum penjualan tiket bagi tiga persembahan pertamanya pada bulan Mac itu bermula.
The Eras Tour Singapore! Taylor will be performing a total of 6 nights! 🔥#SingaporeTSTheErasTour pic.twitter.com/bp6I7HK3j0
— The Eras Tour Singapore (@TSTheErasTourSG) June 25, 2023
Pra-jualan tiket bagi pemegang kad bank tempatan (Singapura) bermula pada 5 Julai dan manakala orang ramai boleh membuat pembelian selepas dua hari.
Singapura merupakan satu-satunya negara persinggahan penyanyi berkenaan di Asia Tenggara bagi konsert tersebut.
Penambahan konsert The Eras Tour dikatakan seperti Coldplay
Penambahan yang dilakukan untuk konsert penyanyi wanita itu turut dikatakan sama seperti kumpulan Coldplay yang juga menambah beberapa hari bagi konsert mereka di negara jiran berkenaan.
Perkara itu dilakukan mereka selepas mendapat permintaan yang banyak.
Malah kedua-dua tarikh baharu itu juga habis dijual dalam masa kurang daripada tiga jam dan pihak penganjur Live Nation seperti memberi bayangan kemungkinan penambahan tiket akan dikeluarkan.
Ahli politik di negara itu juga teruja dengan faedah bakal diperolehi kepada ekonomi mereka selepas pasca-Covid.
Minta Menteri Pendidikan isytihar cuti untuk menonton konsert Swift
Sebahagian peminat Swift dari golongan muda di Singapura meminta agar Menteri Pendidikan Chan Cun Sing untuk mengisytiharkan cuti sekolah ketika konsert itu dikendalikan.
Malah perkara itu turut dibalas oleh Chan menerusi Facebook pada Jumaat (23 Jun) yang menyatakan dia mendengar permintaan mereka.
“Saya dengarkan awak, bagaimana dengan ini? jika ada peminat kreatif dan boleh menjemputnya (atau mana-mana pendengar) ke sekolah anda untuk membuat persembahan secara percuma, kami akan isytiharkan cuti sekolah!
“Oleh itu semua akan dapat menikmati konsert inklusif tersebut!” katanya.