fbpx
Now Reading
“Bukan Hanya Jaga Keselamatan Orang” – Anggota Polis Trafik Tular Selamatkan Anak Monyet Di MRR2 [Video]

“Bukan Hanya Jaga Keselamatan Orang” – Anggota Polis Trafik Tular Selamatkan Anak Monyet Di MRR2 [Video]

Turut kelihatan beberapa anggota peronda trafik yang lain menyekat jalan berkenaan buat sementara waktu ketika misi menyelamat anak monyet berkenaan sedang dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi tanggungjawab setiap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjaga keselamatan orang awam selain perlu memastikan negara berada dalam keadaan aman damai.

Bagaimanapun siapa sangka, selain manusia, anggota polis juga turut membantu menyelamatkan haiwan yang berada di dalam bahaya.

Tular anggota polis trafik selamatkan monyet terperangkap di tengah jalan

Begitulah yang dilakukan oleh seorang anggota polis trafik pada baru-baru ini selepas tular di media sosial dia menyelamatkan seekor haiwan di tengah-tengah jalan raya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook Friends of Trafik Ampang, kelihatan anggota peronda trafik itu membantu menyelamatkan seekor anak monyet yang sedang dalam ketakutan kerana terperangkap di tengah lebuh raya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR2) pada pukul 3.15 petang semalam (12 Februari).

Anak monyet di tengah-tengah pembahagi jalan MRR2

Berdasarkan video tersebut, anak monyet terbabit berada di tengah-tengah pembahagi jalan MRR2 berhadapan stesen minyak Petron Pandan Perdana, Ampang sebelum berjaya diangkat oleh anggota berkenaan dan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

“Pada petang tadi (semalam) anggota rondaan yang memastikan laluan jalan raya bergerak lancar telah menyelamatkan seekor anak monyet yang terperangkap di pembahagi bahagian tengah Jalan Lingkaran Tengah II.

“Dengan jumlah kenderaan lalu lalang yang banyak tidak mungkin anak monyet tersebut dapat menuju ke tempat yang selamat tanpa dibantu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Anggota peronda sekat jalan buat sementara waktu ketika misi menyelamat dilakukan

Turut kelihatan beberapa anggota peronda yang lain menyekat jalan berkenaan buat sementara waktu ketika misi menyelamat anak monyet berkenaan sedang dilakukan.

Sementara itu, menerusi perkongsian video sama di laman Facebok rasmi PDRM pula, anggota polis trafik berkenaan dikenali sebagai Sarjan Hairul Abd Gapol dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

“Bukan hanya menjaga keselamatan orang awam, sikap prihatin ‘Abang Polis’ turut membantu menyelamatkan seekor anak monyet yang ketakutan dan terperangkap.

“Berbuat baiklah semasa makhluk Tuhan, kelak diberikan ganjaran setimpal dengan amalan yang dilakukan,” tulisnya.

Ramai netizen puji tindakan mulia anggota polis trafik itu

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pujian terhadap anggota terbabit kerana menyelamatkan haiwan tersebut.

Tidak hanya itu, netizen juga memanjatkan rasa syukur kerana anak monyet tersebut dapat dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.