fbpx

“Dah Lah Cair, Rasa Pun Takda” – Wanita Kecewa Beli Laksa Utara Di Penang Tapi Rasa Kosong [Video]

Difahamkan, laksa tersebut dibeli oleh wanita terbabit di salah sebuah gerai semasa menghadiri sebuah acara di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu (11 Februari).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan. Namun, tidak dinafikan bukan semua rakyat negara ini yang mampu memasaknya dan mengekalkan kesedapan makanan tersebut.

Antara makanan yang popular dan diminati ramai adalah laksa, di Malaysia terdapat pelbagai jenis laksa seperti Laksa Utara, Laksa Sarawak, Laksa Johor dan banyak lagi.

Maka tidak hairanlah juadah itu pasti ada peminatnya tersendiri, pantang nampak laksa dijual di gerai, pasti terus beli.

Wanita minat laksa sanggup berlapar dari pagi berakhir dengan kekecewaan

Bagaimanapun lain pula kisah seorang penggemar laksa ini apabila makanan yang dibelinya itu tidak seperti apa yang diharapkan sekali gus mengundang rasa kecewa.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @cheffieza88, wanita tersebut berkata kuah laksa itu langsung tidak mempunyai rasa.

Warna laksa jernih macam sup kosong

Tidak hanya itu, menerusi video terbabit juga dapat dilihat kuah laksa berkenaan kelihatan jernih seakan sup kosong.

Jelas wanita itu lagi, dia tidak kisah dengan harga semangkuk laksa tersebut yang bernilai RM10, namun kecewa dengan rasa makanan itu.

“Tengok dalam periuk macam menarik macam sedap, aku nak makan laksa bukan nak makan bihun sup laksa. Tengok itu, warna (kuah) pun dah boleh nampak mcm warna kuah sup.

“Ni laksa ke kuah sup ni? Dah lah harga RM10, kalau mahal tapi sedap takpa. Selama aku hidup ini, aku tak pernah lagi buat kuah laksa yang cair macam ini. Dah lah cair, rasa apa pun takda jangan kata rasa ikan, apa rasa pun takda macam makan sup kosong,” katanya.

Difahamkan, laksa tersebut dibeli oleh wanita terbabit di salah sebuah gerai semasa menghadiri sebuah acara di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu (11 Februari).

“Orang nak jual laksa, hampa (korang) nak jual laksa juga, dah lah aku tengah lapar, laksa memang aku minat, sekali hampeh tak sedap,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@cheffieza88

org nak juai laksa hampa nk juai laksa,dah la aku tgh lapaq ,laksa mmg fav aku la,sekali beli hampeehhh xsedapp!!!!!😡😡#padangkotapenang #eventchoii #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #penangmalaysia

♬ original sound – Cheffieza – Cheffieza

Ramai netizen persoal kenapa kuah laksa macam sup kosong

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut mempersoalkan perkara sama iaitu adakah itu kuah laksa atau kuah sup memandangkan warnanya yang kelihatan jernih.

Dakwa mereka lagi, dengan hanya melihat video terbabit dan warna kuah laksa itu sudah cukup untuk menggambarkan rasa sebenar makanan itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.