fbpx
Now Reading
Ini Makanan Yang Tak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk, Berisiko Sebabkan Keracunan

Ini Makanan Yang Tak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk, Berisiko Sebabkan Keracunan

Menurut Dr Jangda antara makanan yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk tidak melebihi satu hari adalah nasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui kebiasaannya kita akan menyimpan makanan dalam peti sejuk agar bertahan lama selain ingin mengelakkan ia daripada cepat rosak mahupun basi.

Namun tahukah anda sebenarnya tidak semua makan boleh disimpan di dalam peti sejuk, ini kerana ia boleh menghasilkan toksik dan menjejaskan kesihatan diri.

Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pakar kesihatan dari Mumbai, India iaitu Dr Dimple Jangda yang menyenaraikan sebanyak empat jenis makanan yang tidak boleh disimpan dalam peti ais untuk tempoh tertentu kerana boleh membahayakan kesihatan manusia.

Antara makanan yang tidak boleh disimpan adalah:

#1 Bawang putih

Foto: Pexels

Jelas Dr Jangda yang juga seorang penulis, bawang putih merupakan bahan mentah popular kerana sering digunakan dalam banyak masakan.

Walau bagaimanapun bawang putih merupakan bahan mentah yang tidak sesuai untuk diletakkan dalam peti sejuk kerana boleh menyebabkan ia berkulapuk iaitu sejenis kulat yang tumbuh dalam persekitaran gelap, lembab dan hangat.

“Justerus, saya ingatkan kepada anda semua supaya jangan beli bawang putih yang sudah dikupas dan disimpan dalam peti sejuk yang sudah dikupas dan disimpan dalam peti sejuk kerana ia boleh berkulapuk dengan cepat.

“Oleh itu, saya sarankan beli bawang putih segar yang dikupas. Yang belum dikupas, pastikan anda kupas bila hendak masak dan tidak sepatutnya di simpan dalam peti sejuk, letakkan saja,” jelasnya lapor Berita Harian memetik Expressuk.

Selain itu, Dr Jangda memetik kajian yang dijalankan Universiti Cornell di Amerika Syarikat (AS) turut memberi peringatan bahawa tabiat menyimpan bahan mentah tersebut dalam peti sejuk bukan satu perkara baik.

Jelasnya, bawang putih memiliki tahap keasidan yang rendah dan ia menyebabkan ia terdedah kepada Clostridium Botulinum yang merupakan satu mikroorganisma patogenik yang boleh membuatkan seseorang demam atau mengalami kesakitan di bahagian abdomen.

Lebih menakutkan ia juga boleh menyebabkan kematian kepada golongan seperti bayi, orang tua serta individu yang mempunyai sistem imuniti rendah.

#2 Bawang besar

Foto: Pexels

Kata beliau elakkan menyimpan bawang besar yang sudah dipotong separuh ke dalam peti sejuk kerana ia mungkin boleh mengundang bahaya.

Menurutnya bawang tersebut merupakan tumbuh-tumbuhan yang tahan dalam keadaan suhu yang rendah.

“Apabila anda menyejukkannya, kanji akan mula bertukar menjadi gula dan mula memerangkap kulapuk. Ramai orang melakukan kesilapan ini dengan membelah separuh bawang, memasaknya dan menyimpan separuh lagi dalam peti sejuk.

“Jangan sesekali buat begitu. Ia mula mengumpul semua bakteria tidak sihat dan memerangkap kulapuk.”

#3 Halia

Foto: Pexels

Selain bawang putih dan merah, halia juga antara bahan mentah yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk kerana boleh menyebabkan ia terdedah kepada kulapuk.

“Ia mula memerangkap kulapuk dengan cepat apabila anda sejuk. Itu boleh dikaitkan dengan kegagalan buah pinggang dan hati jika disimpan dalam peti sejuk dengan tidak betul.

“Jadi, elak menyimpan halia segar dalam peti sejuk dan simpan di tempat kering untuk mengelak pertumbuhan kulat,” katanya lagi.

#4 Nasi

Foto: Pexels

Kebiasaannya kita akan menyimpan nasi yang berlebihan ke dalam peti sejuk ini kerana mungkin ada yang ingin membuat nasi goreng atau ingin makan pada esok harinya.

Namun ada juga yang menyimpan nasi dalam peti sejuk kerana beranggapan ia boleh mengurangkan paras kolestrol dan gula dalam darah.

Sebenarnya ia juga sama seperti bawang dan halia iaitu makanan yang cepat memerangkap kulapuk.

Oleh itu, jika anda ingin menyimpan nasi dalam peti sejuk pastikan ia tidak melebihi 24 jam.

Malah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) turut menjelaskan perkara sama mengenai nasi yang belum dimasak berpotensi untuk mengandungi Spora Bicillus Cereus yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Malah spora itu juga boleh hidup meskipun nasi sudah dimasak.

“Sebaik-baiknya, hidangkan nasi sebaik saja ia masak. Jika tidak boleh, maka sejukkan nasi secepat mungkin atau sebaik-sebaiknya dalam masa sejam.

“Simpan nasi dalam peti sejuk tidak lebih dari satu hari sehingga dipanaskan semula.

“Apabila anda memanaskan semula nasi, sentiasa periksa sama ada ia telah dikukus panas. Jangan panaskan semula nasi lebih daripada sekali.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.