fbpx
Now Reading
Nampak Macam Flat Biasa, Tapi Sebenarnya Dah ‘Extend’ Sampai 3 Tingkat

Nampak Macam Flat Biasa, Tapi Sebenarnya Dah ‘Extend’ Sampai 3 Tingkat

Perkara itu disedari oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang memuat naik beberapa gambar flat berkenaan di platform TikTok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Rumah flat tapi selera kondo”, ayat yang tidak lekang diucapkan kini berikutan tindakan sesetengah penghuni flat mengubahsuai kediaman mereka secara berlebihan.

Selain daripada melanggar peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa, pengubahsuaian tersebut juga menyebabkan kesusahan kepada penduduk lain di sana.

Menerusi akaun TikTok baru-baru ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah memuat naik beberapa gambar sebuah rumah flat yang didakwa telah diubahsuai.

Menurut persatuan itu, apabila rumah di tingkat bawah flat membesarkan atau ‘extend’ kediaman mereka, perkara ini turut diikuti oleh unit di atasnya.

Apa yang mengejutkan lagi adalah apabila terdapat satu flat yang telah diubahsuai sehingga ke tingkat ketiga.

PPIM tidak pasti berapa lama perkara tersebut telah berlaku dan mempersoalkan jika pihak berkuasa ada mengambil sebarang tindakan. Katanya lagi, flat itu berada di tepi jalan dan jelas kelihatan.

Menerusi ruangan komen, orang ramai mendakwa flat berkenaan terletak di sekitar Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Sumber: @ppim.official/ TikTok

Pengurusan Bangunan Patut Ambil Tindakan

Sehubungan dengan itu, orang ramai mengecam tindakan penduduk di unit-unit berkenaan yang membesarkan rumah flat mereka sehingga sebegitu rupa.

Ada yang berkata keadaan itu berlaku apabila satu unit dihuni oleh tiga generasi keluarga. Katanya lagi, perkara ini turut menyebabkan kawasan parkir dipenuhi kereta milik keluarga sama.

Walaupun terdapat persoalan jika pihak majlis tidak mengambil sebarang tindakan, beberapa individu berkata perkara itu sepatutnya disedari oleh pihak pengurusan bangunan berkenaan.

Tambah pengguna TikTok, A1R Salleh, setiap flat, apartmen atau kondo pasti mempunyai Badan Pengurusan Bersama (JMB) tersendiri yang mengawal harta benda di sana.

Ada juga yang mempersoalkan jika penduduk lain di sana tidak mengemukakan sebarang aduan berkenaan isu membesarkan rumah tersebut.

Kalau DBKL Robohkan Macam Mana?

Di samping itu, beberapa pengguna TikTok bertanya jika pemilik unit tersebut akan merusuh jika pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meminta agar kawasan rumah ‘extend’ dirobohkan.

Seorang individu juga memaklumkan bahawa terdapat rumah di bahagian bawah yang telah dirobohkan oleh DBKL sebelum ini.

Ada juga yang berseloroh dengan keadaan berkenaan. “Nasib dia tak buat swimming pool kat bumbung,” kata seorang pengguna TikTok.

Perlu Minta Kebenaran Untuk Extend Rumah

Dalam masa sama, seorang individu berkata dia perlu meminta kebenaran pihak majlis walaupun untuk melakukan pengubahsuaian rumah di atas tanah sendiri.

Antara perkara yang perlu dilakukan adalah menghantar pelbagai kertas kerja serta mendapatkan cop pihak tertentu.

Malah, seorang lagi memaklumkan bahawa pelan lantai di rumah juga tertakluk kepada spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak majlis.

Baca Artikel Berkaitan:

Baca Artikel Berkaitan: Isu Pasang Grill Hingga Halang Laluan, Pemilik Rumah Flat Masih Belum Buka Walaupun Telah Diarah DBKL

Baca Artikel Berkaitan: “Duduk Flat Selera Kondo” – Wanita Letak Tong Untuk ‘Cop Parking’ Dikecam Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.