fbpx
Now Reading
Influencer Kongsi Pengalaman Dapat Cikgu Memandu ‘Pervert’ , Tonton Video Tak Senonoh Masa Mengajar [Video]

Influencer Kongsi Pengalaman Dapat Cikgu Memandu ‘Pervert’ , Tonton Video Tak Senonoh Masa Mengajar [Video]

Dakwa content creator dikenali sebagai Cabi itu, cikgu memandunya telah menonton sebuah rancangan Amerika berunsur lucah di sebelahnya ketika sedang belajar memandu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui, syarat untuk memandu apa-apa kenderaan di Malaysia adalah anda perlu mempunyai lesen memandu.

Walau bagaimanapun, dalam proses mendapatkan lesen ini, anda perlu mendaftarkan diri ke kelas memandu terlebih dahulu. Bagi sesetengah orang pula, pengalaman menyertai kelas di akademi memandu tidaklah seindah seperti yang disangkakan.


Wanita Dedah Perangai Segelintir Cikgu Memandu Yang Tak Beretika

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@cheesusus), apabila seorang Tiktoker dikenali sebagai Cabi mendakwa pernah berdepan pengalaman ‘mengerikan’ membabitkan tenaga pengajar di sekolah memandu yang dipilihnya.

Kata Cabi, sebelum ini rakan-rakannya serta netizen di media sosial sering mengadu bahawa mereka sentiasa diganggu oleh cikgu memandu yang ‘pervert’ ketika kelas belajar berlangsung.

Rakan wanita tersebut sebelum ini berkata seorang cikgu memandu pernah memberikan arahan untuk memandu ke kawasan tersorok kemudian memasang klip video berunsurkan lucah.

Bukan itu sahaja, rakannya turut mendakwa guru berkenaan memintanya untuk menonton video tidak sopan tersebut bersama-sama.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: semupandu

Apa yang mengejutkan dia mendakwa gangguan tersebut tidak hanya berlaku di kalangan golongan Hawa sebaliknya turut menimpa kaum Adam termasuk teman lelaki Cabi semasa dia masih di alam persekolahan.

Oleh disebabkan cerita dan kisah mengerikan yang sering didengari, Cabi berkata situasi tersebut merupakan ‘biggest fear’ untuk mula belajar memandu.


Cikgu Memandu Tonton Rancangan Lucah Ketika Mengajar Anak Murid

Namun dakwa Cabi, dia sama sekali tidak menyangka episod ngeri itu harus dilalui olehnya ketika dia sedang belajar memandu.

Menurut TikToker ini, sebaik sahaja pengajar memasuki kereta, dia terus menonton sebuah rancangan Amerika yang terdiri daripada pelbagai aksi tidak senonoh walaupun Cabi berada di sebelahnya.

Perkara berkenaan secara langsung membuatkan Cabi berasa tidak selesa sekaligus membuatkannya kurang fokus untuk meneruskan pembelajaran.

Bagaimanapun, Cabi membuat keputusan untuk mengabaikan kelakuan yang tidak beretika tersebut kerana berasa risau dengan tindak balas guru sekiranya dia menegurnya.

https://vt.tiktok.com/ZSFa2ydFx/
@cheesusus

PSA to anyone that’s taking their driving license 🥴

♬ original sound – cabi

Netizen Cerita Pengalaman Ketika Ambil Lesen Memandu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berang dengan perkongsian tersebut selain menyarankan orang ramai untuk mendaftarkan diri ke akademi memandu yang bereputasi tinggi.

“Kena pergi daftar (memandu) di akademi memandu besar dan bereputasi tinggi kerana mereka menyediakan servis yang lebih berkualiti. Untuk saya, mereka daftarkan bersama pengajar wanita,” kata seorang netizen.

Ramai juga yang turut berkongsi pengalaman buruk mereka ketika menyertai kelas memandu sebelum ini.

“Saya trauma dengan seorang pakcik ni yang menjerit ke arah saya ketika kelas memandu sesi kedua. Saya tidak tahu apa-apa sebab tidak pernah memandu kereta dalam hidup ni. Kemudian dia terus melakukannya (menjerit),” ujar seorang individu.


Ada Cikgu Memandu Yang Baik Hati

Walau bagaimanapun, bukanlah semua di kalangan masyarakat yang mengalami kisah sama ketika belajar memandu. Ada yang menyifatkan guru di akademi mereka sangat baik hati.

“Saya ambil lesen kereta auto. Saya dapat dua pengajar dan salah seorang adalah wanita. Dia tidak terlalu teruk, sedikit tegas tetapi tiada perkara pelik berlaku. Lagi seorang (pengajar) adalah lelaki, dia pun sangat baik hati,” jelas seorang pengguna laman TikTok.

Malah kami percaya masih ramai guru-guru memandu yang baik di luar sana dan tidak berperangai jelik.

Sumber: TikTok (@cheesusus)

Baca Artikel Berkaitan: “Senak Perut”- Cara Guru Ini Ulas Pelajar Ketika Memandu Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Teruja Anak Ambil Lesen Memandu, Siap Ikut & Intip Ketika Ujian JPJ [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.