fbpx
Now Reading
Bapa Teruja Anak Ambil Lesen Memandu, Siap Ikut & Intip Ketika Ujian JPJ [Video]

Bapa Teruja Anak Ambil Lesen Memandu, Siap Ikut & Intip Ketika Ujian JPJ [Video]

Menerusi video, bapa kepada gadis bernama Dania itu turut mengintipnya dari awal ujian sehingga dia pulang semula ke sekolah memandu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap ibu bapa pasti rasa gembira dan teruja atas setiap pencapaian yang dimiliki oleh anak mereka tidak kiralah ia satu pencapaian yang kecil mahupun besar.

Malah adakalanya sikap teruja mereka itu melucukan contohnya terdapat segelintir ibu bapa yang sanggup mengintai anak mereka ketika hari pertama di tadika mahupun sekolah hanya kerana mahu melihat keadaan insan tersayang.

Bapa sanggup intai anak ambil ujian JPJ

Perkara yang sama turut dilakukan oleh seorang bapa yang teruja melihat anak gadisnya untuk mendapatkan lesen memandu hingga bertindak mengintainya ketika ujian bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menerusi video yang dikongsikan oleh Elly Irfan di TikTok, awalnya kedengaran si bapa memberikan semangat dari jauh bahawa anaknya boleh melakukan ujian itu.

“Girl you can do it girl (awak boleh buat) jangan takut.

“Gajah (lori) kiri kanan, tikus (kereta ujian memandu dipandu anak) dekat tengah. Jangan takut girl. Relax girl papa dekat belakang,” katanya.

Ketika itu kelihatan kenderaan jenis Perodua Axia warna putih yang dibawa oleh anaknya berada di tengah-tengah lori.

Turut mengulas di manakah laluan yang dilalui oleh anak gadisnya

Tidak lama selepas itu dia memaklumkan anak gadisnya itu mengikuti laluan B semasa ujian tersebut dengan menjelaskan bahawa keadaan laluan itu seperti di kampung.

Dia kemudian menunggu gadis itu di tepi jalan sambil menyatakan anaknya itu akan masuk ke kawasan taman perumahan sebelum membuat pusingan untuk pulang ke sekolah memandu.

“Dania dia dapat ujian laluan B, laluan B ni dia akan masuk kampung sikit. Dekat sana dia akan masuk taman perumahan dan akan buat pusingan balik ke sini untuk balik ke tempat ujian.”

Sebaik sahaja kenderaan Axia lalu di hadapannya, dia lalu menyatakan itu adalah anaknya yang dikenali sebagai Dania.

Bangga dengan pencapaian itu dia kemudian memuji anaknya itu.

“Good girl, you did it (awak berjaya lakukannya),” katanya.

“Papadom yang sebenar”

Elly Irfan menerusi si ruangan kapsyennya turut bergurau menyatakan lelaki itu adalah papadom yang sebenar.

Untuk makluman papadom merupakan sebuah filem yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki bersama Liyana Jasmay mengisahkan tentang seorang bapa yang tidak sanggup berjauhan dengan anak gadisnya kerana bimbang jika berlaku sebarang perkara buruk.

Ramai terhibur lihat gelagat si bapa

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut selain turut menyifatkan gelagat bapa Dania itu comel.

Tidak kurang juga ada yang menceritakan pengalaman mereka ketika mengambil ujian tersebut.

“Comelnya ayah dia”

“Tiba-tiba sebak bila ayah dia bagi semangat macam ni”

“Teringat masa ujian JPJ dulu, abah ikut belakang kereta aku sebab taknak kereta lain ikut belakang, takut aku nervous kereta cucuk belakang katanya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.