fbpx
Now Reading
Pemuda Baik Hati Beli Semua Ikan Tetapi Sedekah Kembali Kepada Peniaga Untuk Dijual [Video]

Pemuda Baik Hati Beli Semua Ikan Tetapi Sedekah Kembali Kepada Peniaga Untuk Dijual [Video]

Pemuda dikenali sebagai Bosmen itu tidak membawa pulang seekor ikan keli pun yang ‘dibeli’ sebaliknya meminta pakcik tersebut untuk menjual ikan tersebut kepada orang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum, tidak semua di rakyat Malaysia hidup dalam kesenangan.

Ada yang terpaksa mengikat perut dan bekerja keras demi menyara keluarga dan diri sendiri.

Seperti sebelum ini, seorang rider Foodpanda mencuri perhatian apabila sanggup mendukung anaknya pada badan sambil melakukan penghantaran demi mencari rezeki.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Sebak Lihat Ibu Dukung Anak Sambil Jadi Rider Foodpanda


Jualan Ikan Keli Pakcik Tidak Laku

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@bosmel), menyaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Bosmel berhenti di tepi sebuah jalan raya dan menghampiri seorang pakcik yang sedang menjual sesuatu atas motosikalnya.

Difahamkan, pakcik tersebut sedang menjual ikan keli segar yang baru sahaja ditangkap olehnya dalam keadaan cuaca panas.

Namun situasi itu menjadi pilu apabila pakcik tersebut berkata tiada seekor ikan pun lagi yang terjual walaupun sudah berada di sana sehingga larut petang.

Cakna dengan situasi dilalui oleh peniaga tersebut, Bosmel tampil membantu mempromosikan ikan keli tersebut kepada individu yang singgah ke kawasan tersebut. Malah dia juga dilihat menderma beberapa ekor ikan itu kepada seorang penunggang motosikal.


Peniaga Perlu Orang Tuanya Yang Hidap Penyakit Kencing Manis

Bertanya tentang kehidupan dan latar belakang peniaga tersebut, pakcik itu menjelaskan bahawa dia perlu menyara keluarga di rumah dan juga orang tuanya yang kini sedang menghidap kencing manis.

Difahamkan orang tuanya, kehilangan kaki akibat penyakit tersebut dan perlu mendapatkan ubat-ubatan dari hospital.

Perjalanan pergi dan balik dari hospital pula mencecah RM50 dan dia perlu mengulangi rutin yang sama setiap tiga hari.

Sumber: TikTok (@bosmel)

Bosmel Beli Semua Ikan Keli Pakcik Sebagai Tanda Sumbangan

Tidak sampai hati mendengar nasib dan luahan pakcik itu, Bosmel mengambil keputusan untuk membeli kesemua ikan keli dijual sebagai tanda sumbangan kepadanya.

Bosmel turut meminta pakcik itu menyimpan baki duit yang diberi selain menghulurkan wang tambahan untuk menampung kos perubatan orang tuanya itu.

Lebih mengharukan apabila Bosmel tidak mengambil satu ekor pun ikan keli yang ‘dibelinya’ sebaliknya dia meminta pakcik tersebut untuk menjual ikan itu kepada orang lain.

Jumpa pakcik di tepi jalan tengah panas jual ikan keli, semoga pakcik sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat.

Bosmel.
@bosmel

jumpa pakcik di tepi jalan tengah panas jual ikan keli, moga pakcik sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat

♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari

Netizen Puji Sikap Pemurah Bosmel

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Bosmel kerana sikap pemurah dan baik hati dalam menolong pakcik tersebut.

“Masya-Allah bagusnya kongsi rezeki macam ni. Semoga bertambah rezekinya asbab membantu orang lain,” kata seorang individu.

Ada juga yang berkata kebanyakan video yang dimuat naik oleh Bosmel boleh dijadikan inspirasi kepada orang ramai untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesusahan.

“Aku suka tengok content orang buat macam ni (derma), tiada terlintas pun nak cakap (Bosmel) menunjuk ke apa. Fikir posting dia menginspirasikan orang untuk sebar kebaikan,” jelas seorang warganet.

Sementara itu, ramai juga di kalangan netizen menitipkan doa buat pakcik tersebut agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan pada hari mendatang.

Sumber: TikTok (@bosmel)

Kebaikan Amalan Bersedekah

Amalan bersedekah kepada manusia atau pihak lain adalah satu perkara mulia tidak kiralah dari aspek wang, pakaian, makanan dan sebagainya.

Memetik perkongsian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berikut adalah antara kelebihan amalan bersedekah di sisi agama Islam:

  • Harta tidak akan berkurangan.
  • Bukti keimanan hamba kepada Allah SWT.
  • Menghapuskan dosa seseorang.
  • Mendapat naungan di Hari Akhirat.
  • Menjauhkan seseorang daripada api neraka.
  • Masuk syurga melalui pintu sedekah.
  • Terselamat daripada musibah.
  • Ubat kepada sebarang penyakit.
  • Terlindung daripada kematian yang buruk.
Sumber: Pexels

Malah ganjaran pahala yang diperoleh sekiranya anda bersedekah pada bulan Ramadan ini adalah 700 kali ganda daripada hari-hari biasa.

Rasulullah SAW bersabda:

“مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا”

Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” 

[Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi]

Baca Artikel Berkaitan: 7 Amalan Yang Boleh Dilakukan Menjelang 10 Hari Terakhir Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Ini Belanja 35 Anak Yatim McDonald’s Guna Duit Hasil Jual Mainan. Baiknya!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.