fbpx
Now Reading
Norman Hakim Titip Pesanan Buat Para Anak, Berbakti Kepada Ibu Bapa Sebelum Terlambat [Video]

Norman Hakim Titip Pesanan Buat Para Anak, Berbakti Kepada Ibu Bapa Sebelum Terlambat [Video]

Menurut pelakon itu, adalah penting bagi seseorang yang bergelar anak supaya menjaga hubungan baik dengan ibu bapa untuk mengelakkan rasa menyesal di kemudian hari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui ibu bapa adalah insan yang paling banyak berjasa dalam hidup setiap anak di luar sana.

Mana tidaknya, merekalah yang telah menyediakan segala keperluan kita sejak kecil termasuklah makan serta minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan terbaik dan sebagainya.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi setiap anak untuk menghargai dan menyantuni orang tua mereka.


Pesanan Norman Hakim Kepada Para Anak

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@sookamalaysia), menyaksikan selebriti tanah air iaitu Norman Hakim, Datuk Dr. Yusof Haslam dan Zizan Razak dalam satu rancangan temu bual santai dikenali sebagai Healing With Zizan.

Menerusi klip video yang dikongsi, ketiga-tiga selebriti itu sedang membahaskan tentang isu hubungan ibu bapa bersama anak-anak.

Jelas Norman, terdapat tiga perkara yang diperlukan oleh golongan ibu bapa sewaktu mereka sudah tiada lagi di dunia iaitu ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan juga doa daripada anak-anak soleh.

Oleh disebabkan itu, dia mengambil kesempatan untuk memberi pesanan kepada para anak di luar sana untuk menghormati ibu bapa selagi mana mereka masih berada di sekeliling anda.

Jangan sampai kita dah kehilangan orang tua kita, baru kita nak pergi menghadap. Dah terlambat.

Norman Hakim.

Baca Artikel Berkaitan: “Lauk Terakhir Mak Masak” – Anak Menangis Jamah Air Tangan Arwah Ibu Buat Kali Terakhir


“Kita Melawan, Kita Yang Derhaka”

Tambah pelakon itu lagi, dia berpuas hati dengan segala amal bakti yang diberikan kepada bapanya sebelum meninggal dunia.

Setiap minggu saya buat yang terbaik untuk dia (bapa). Setiap minggu saya tak pernah miss untuk balik jumpa dia. Sebab itu bila balik, saya tak pernah rasa dia takde. Sebab bila balik saya pergi kubur dulu.

Norman Hakim.

Menurutnya, adalah penting bagi seseorang anak itu menjaga hubungan baik bersama insan yang membesarkan mereka dan menolak tepi sebarang isu atau salah faham yang wujud.

“Selagi ada masa pergilah jumpa. Kita sebagai anak ni kena pergi menghadap ayah, bukan ayah kita datang menghadap kita.

“Maafkanlah kalau dia (bapa) ada salah dan silap. Kalau kita melawan, kita yang derhaka, kalau dia (ibu bapa) melawan kita tiada apa yang jadi pun,” ujar Norman sambil menahan sebak.

@sookamalaysia

Mata min banjir..🥲 Korang kena layan Healing With Zizan kat sooka, memang healing habis! @zizanrazak869 #fyp #ZizanRazak #Ramadhan #Puasa #TikTokMalaysia

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengantin Wanita Diuji, Ibu Meninggal Dunia Selepas Setengah Jam Bernikah – “Hari Bahagia Bertukar Duka”


Reaksi Netizen Terhadap Perkongsian Norman Hakim

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sedih mendengar luahan hati Norman tentang kepentingan hubungan bersama ibu bapa itu.

Malah ada individu yang berkata dia sedih melihat riak wajah Yusof Haslam ketika mendengar kata-kata dilontarkan oleh Norman.

“Sedih tengok Datuk (Yusof Haslam). Bila tengok Datuk automatik teringat ayah di kampung,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@sookamalaysia)

Tanggungjawab Anak Kepada Ibu Bapa

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menjaga dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa merupakan salah satu kewajipan serta tanggungjawab sebagai seorang anak.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Unsplash

Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

[al-Isra’:23]

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Bahkan, dosa buat mereka yang derhaka terhadap kedua ibu bapa pula akan dipercepatkan oleh Allah SWT di dunia ini.


Cara-cara Berbakti Kepada Ibu Bapa

Di sini kami kongsikan tujuh cara-cara berbakti kepada ibu bapa anda. Antaranya:

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels
  • Memberikan kasih sayang secukupnya.
  • Memberikan perhatian penuh tentang kesihatan fizikal serta mental mereka.
  • Memenuhi hajat ibu bapa yang lama terpendam.
  • Melakukan perkara yang ibu bapa gemari.
  • Berutur dengan lemah lembut.
  • Menghulurkan wang untuk perbelanjaan ibu bapa.
  • Menitipkan doa untuk kesejahteraan mereka.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar buat anda semua untuk tidak mengambil mudah terhadap perkara tersebut dan berbaktilah kepada ibu bapa selagi mana mereka masih ada. Insya-Allah anda masih belum terlambat.

Baca Artikel Berkaitan: Kasih Anak Lelaki Jaga Ibu Lumpuh Hidap Penyakit Kronik Sejak 12 Tahun Lalu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.