fbpx
Now Reading
“Kata Takda Lagu Tahun Ni” – Rakaman MV Raya Aliff Syukri Dalam Jakuzi Raih Pelbagai Reaksi [Video]

“Kata Takda Lagu Tahun Ni” – Rakaman MV Raya Aliff Syukri Dalam Jakuzi Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Selain itu, turut sohor di media sosial rakaman MV Raya Aliff Syukri dan beberapa lelaki sedang duduk di atas tangga sambil memakai songkok berwarna-warni dan rantai di leher.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umpama sudah menjadi satu trend untuk golongan usahawan dan influncer menyanyikan lagu raya sendiri meskipun tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang penyanyi.

Sebagai contoh, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliiff Syukri pada setiap tahun akan mengeluarkan lagu rayanya sendiri yang bermula sejak 2021.

Namun, usahawan berusia 37 tahun itu pada sekitar bulan lalu mengumumkan bahawa dia tidak akan mengeluarkan lagu raya 2024 atas sebab-sebab tertentu.

Tular rakaman disebalik MV Raya Aliff Syukri

Bagaimanapun, pada baru-baru ini tular pula di media sosial rakaman di sebalik tabir (BTS) dipercayai video muzik (MV) raya dari Aliff Syukri.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @media_penglipurlara, kelihatan Aliff sedang berada di dalam jakuzi sambil dikelilingi beberapa lelaki memakai baju Melayu serba hitam.

Video terbabit dipercayai diambil daripada satu siaran langsung (live) di media sosial memandangkan kedengaran suara lelaki yang meminta agar live itu dikongsikan.

“Aliff Syukri sedang sibuk rakam video lagu rayanya. Beliau kelihatan seperti nak bawa kelainan kali ini,” tulis di ruangan kapsyen.

@media_penglipurlara

Datuk Seri Aliff Syukri sedang sibuk rakam video lagu rayanya. Beliau kelihatan seperti nak bawa kelainan kali ni. #aliffsyukri #laguraya #viral #fypp

♬ original sound – mediapenglipurlara – mediapenglipurlara

Rakaman dari babak berlainan MV sama turut tular di X

Selain itu, satu lagi rakaman babak berlainan dipercayai daripada MV sama dikongsikan di akaun X @iamjoelee.

Dalam video tersebut, kelihatan Aliff dan beberapa lelaki sedang duduk di atas tangga sambil memakai songkok berwarna-warni dan rantai di leher.

Netizen beri pelbagai reaksi, siap persoal kata takda lagu raya tahun ini

Perkongsian video terbabit mendapat pelbagai reaksi daripada para pengguna media sosial, di mana rata-rata mempersoal tentang kenyataan Aliff sebelum ini yang mengatakan tiada lagu raya baharu bagi tahun ini.

Tidak kurang juga yang memberi kecaman kerana rakaman BTS terbabit dilihat seolah-olah tidak menghormati Aidilfitri iaitu hari kemenangan buat seluruh umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan mulia.

Semakan kami di Instagram mendapati Aliff sememangnya bakal hadir dengan satu lagu raya baharu, namun tidak dapat dipastikan adakah ini lagu yang dimaksudkannya.

Berikut komen netizen di laman X:

Berikut komen netizen di TikTok:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.