Jemaah Masjid Aolia Di Jogjakarta Sambut Aidilfitri Hari Ini [Video]
Seawal jam 6 pagi hari ini, ratusan jemaah Masjid Aolia telah berpusu-pusu ke kedua lokasi itu semasa takbir raya berkumandang sebelum solat Aidilfitri dimulakan pada pukul 7 pagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika bulan lalu, tular mengenai penduduk di daerah Panggang, Gunungkidul, Jogjakarta yang menyambut Ramadan awal beberapa hari berbanding umat Islam yang lain.
Perkara itu menjadi tular selepas terdapat satu video di TikTok yang memaparkan jemaah di kawasan tersebut menunaikan solat Tarawih.
Jemaah Masjid Aolia sambut Aidilfitri awal 5 hari
Kini tular pula berita mengenai jemaah di Masjid Aolia daerah itu yang menyambut hari raya Aidilfitri pada hari ini (5 April).
Memetik CNN Indonesia, solat sunat Aidilfitri yang dilakukan oleh para jemaah Masjid Aolia itu awal lima hari berbanding tarikh sebenar lebaran 1 Syawal yang berkemungkinan pada 10 April ini.
Pemantauan yang dilakukan oleh agensi berita terbabit juga mendapati pelaksanaan solat sunat Aidilfitri itu dilakukan di dua lokasi berbeza.
Sebahagian jemaah solat di Masjid Aolia dan selebihnya pula di kediaman pemimpin Masjid Aolia, Raden Ibnu HajarPranolo di Dusun Panggang III.
Ratusan jemaah Masjid Aolia dah berpusu ingin tunai solat Aidilfitri seawal 6 pagi
Seawal jam 6 pagi, ratusan jemaah Masjid Aolia telah berpusu-pusu ke kedua lokasi itu semasa takbir raya berkumandang sebelum solat Aidilfitri dimulakan pada pukul 7 pagi.
Turut tular di media sosial video-video yang memaparkan para jemaah menuju ke masjid bersama-sama dengan ahli keluarga.
Ini bukan kali pertama jemaah Masjid Aolia puasa dan raya awal
Difahamkan, perkara ini bukanlah kali pertama terjadi di sana, pada tahun lalu, jemaah Masjid Aolia turut menyambut Aidilfitri lebih awal iaitu pada 20 April 2023 berbanding 1 Syawal yang dijangka oleh pemerintah pada 21 atau 22 April.
Terdahulu, ketika umat Islam yang lain menyambut 1 Ramadan pada 12 Mac lalu, para Jemaah di Masjid Aolia sudah berpuasa lebih awal iaitu pada 7 Mac.
Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama (Kanwil Kemenag) Gunungkidul, Sa’ban Nuroni pula berkata, pihaknya sentiasa memudahkan jemaah di kawasan terbabit meskipun mempunyai perbezaan pendapat.
Baca Artikel Berkaitan: Masyarakat Di Yogyakarta Dah Solat Tarawih & Puasa Bermula Semalam