fbpx
Now Reading
Masyarakat Di Yogyakarta Dah Solat Tarawih & Puasa Bermula Semalam

Masyarakat Di Yogyakarta Dah Solat Tarawih & Puasa Bermula Semalam

Menurut Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama Gunungkidul meminta orang ramai untuk menghormati perkara itu meskipun berbeza pendapat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadan, dan ini menandakan semua umat Islam di seluruh dunia akan mula menjalankan ibadah puasa selama sebulan.

Oleh itu, pasti ramai yang sedang menyiapkan diri untuk melakukan ibadah yang lebih untuk merebut pahala dan ganjaran pada bulan yang mulia ini dengan melakukan solat Tarawih, sahur, mengaji dan banyak lagi.

Jemaah di masjid Aolia Yogyakarta sudah solat Tarawih bermula 6 Mac

Namun dalam kita menantikan bulan mulia ini, jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gungkidul di Yogyakarta, Indonesia telah mula menunaikan solat Tarawih pada Rabu malam (6 Mac) dan berpuasa 1 Ramadan, semalam (7 Mac).

Perkara itu menjadi tular selepas terdapat satu video di TikTok yang memaparkan jemaah di kawasan tersebut menunaikan solat Tarawih.

Apa yang lebih menarik perhatian perkara itu turut disahkan oleh imam masjid berkenaan yang dikenali sebagai Sholeh Pranolo atau Mbah Benu yang memberitahu solat itu dibuat jemaah masjid tersebut sama dengan solat Tarawih dilakukan di kawasan lain.

“Semua sama dengan saya, saya menjadi imam itu, masing-masing ada imam yang diwakilkan kepada saya.

“(Solat Tarawih) saya dengan witirnya itu 23 rakaat. Sebaik kita saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan,” ujarnya.

Masjid sekitar kawasan sama turut tunaikan solat Tarawih

Selain Masjid Aolia terdapat juga jemaah di masjid lain dalam radius 20 meter dari rumah imam berkenaan yang turut menunaikan solat Tarawih.

Menerusi laporan Sinar Harian yang memetik Kompas TV, Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama (Kanwil Kemenag) Gunungkidul iaitu Sa’ban Nuroni memaklumkan pihaknya akan sentiasa memudahkan jemaah di kawasan terbabit meskipun mempunyai perbezaan pendapat.

“Kami mengajak orang ramai untuk menunaikan solat sunat hari raya mengikut hari yang diyakininya,” jelasnya dipetik Tribun Jogja.

Dia dalam masa sama turut berharap umat Islam yang lain dapat menghargai dan menghormati perkara dilakukan jemaah tersebut meskipun mempunyai perbezaan pendapat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.