fbpx

Balik Kampung 2 Hari Pun Tetap Kena Hadap Trafik Sesak Hampir Berbelas Jam, Berbaloi Ke? [Video]

Seorang pakar motivasi dikenali sebagai Ustaz Syakirin Yuslan berkongsi pendapatnya tentang kesesakan trafik yang perlu ditempuhi oleh golongan perantau ketika pulang dari kampung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila warganet berkongsi keadaan semasa trafik sesak yang tidak berkesudahan sepanjang kepulangan dari kampung halaman ke kediaman masing-masing di bandar.

Paling mengejutkan adalah apabila golongan perantau dari belah Utara terpaksa menghadap trafik sesak hampir seharian di atas jalan raya untuk pulang ke kediaman di bandar.

Dengan urusan harian yang terpaksa ditempuh pada keesokan harinya seperti kerja dan persekolahan, sudah tentu ramai yang mengeluh kepenatan.


Ustaz Syakirin Kongsi Pandangannya Terhadap Kesesakan Trafik

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@syakirinyuslan), apabila seorang pakar motivasi dikenali sebagai Ustaz Syakirin Yuslan berkongsi pendapatnya terhadap kesesakan trafik yang perlu dilalui oleh golongan perantau ketika pulang dari kampung.

Tidak dapat dinafikan, ramai di kalangan pemandu serta penumpang kehabisan masa dan tenaga, sakit belakang badan dan berasa bosan.

Malah ada juga di antara mereka yang berdepan dengan masalah tayar pancit dan kemalangan semasa perjalanan.

Sumber: Malay Mail

Walaupun ramai dari mereka meluahkan rasa penat, namun Ustaz Syakirin berkata trafik sesak yang dilalui adalah berbaloi. Hal ini kerana, tujuan asal mereka adalah untuk melawat ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara serta jiran tetangga yang sudah lama tidak ditemui.

Semata-mata nak jumpa depan mata ibu ayah tercinta yang setia menunggu di desa dan untuk pakai baju baru di pagi raya. Semata-mata nak salam pegang tangan (ibu bapa) yang banyak jasa serta ucap selamat Hari Raya.

Ustaz Syakirin.
Sumber: Nur Maisarah

“Allah Lihat Setiap Pengorbanan Kita”

Tambahnya, dia mendoakan agar Allah SWT melihat kesungguhan dan kepenatan golongan yang terpaksa menghadap kesesakan trafik demi berjumpa dengan insan tersayang walaupun hanya beberapa hari sahaja.

Sumber: Memories.my

“Allah SWT pandang semua kepenatan, pengorbanan yang berlaku dan apa sahaja yang kita usahakan. Insya-Allah balik sehari atau dua hari (berbaloi) walaupun trafik teruk dan kadangkala pelbagai ujian melanda.

“Ada masa fikir macam tak berbaloi je balik. Tak, sangat berbaloi. Allah akan balas. Macam mana Allah akan balas? Allah tahu yang terbaik untuk kita,” ujar Ustaz Syakirin lagi.

Sementara itu, pakar motivasi tersebut turut mengucapkan tahniah kepada semua individu yang berjaya meninggalkan urusan dunia di bandar buat sementara waktu untuk menziarahi orang tua di kampung.

Selain itu, dia juga berharap agar pengorbanan dilalui menjadi asbab kepada kebahagiaan terhadap diri sendiri serta keluarga tercinta.


Netizen Luah Rasa Syukur Dapat Jumpa Ahli Keluarga Di Kampung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkata mereka tidak keberatan untuk pulang ke kampung halaman selagi mana berpeluang untuk berjumpa dengan ibu bapa.

“22 jam dari Kota Bharu ke Ampang. Selagi ada keluarga di kampung, kita hadap. Anak perantau tak serik, tahun depan kita hadap (trafik sesak) lagi,” kata seorang wanita.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Nur Hazwani/TRP


Ada juga individu yang berkongsi pengalamannya tidak cukup duit simpanan untuk mengisi minyak, namun berkat pengorbanannya membuahkan hasil apabila sudah pulang ke kampung.

“Saya balik kampung, cukup-cukup je duit minyak. Nak balik Kuala Lumpur dah susah hati nak dapat duit dari mana. Allah Maha Kaya. Alhamdulillah, nak balik tu dapat duit raya dari mak abah dan adik,” jelas seorang netizen.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Facebook Nur Fahidaa

Sementara itu, ramai warganet turut meluahkan bahawa kepenatan dilalui tidak setanding dengan kegembiraan dan rasa syukur selepas dapat berjumpa dengan orang tua.

“Alhamdulillah berbaloi. Walaupun penat, seronoknya lebih. Hilang penat jumpa mak ayah tercinta dan adik-beradik tersayang,” ujar seorang pengguna laman TikTok.

Sumber: TikTok
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.