fbpx

“Henti Normalise Hutang” – Wanita Ini Kongsi Padah Kerap Beli Barang Secara Ansuran

Seorang wanita dikenali sebagai Miyabell berkata pembelian barangan secara ansuran yang kerap adalah satu tabiat yang tidak baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, dengan zaman yang semakin moden dan penggunaan aplikasi canggih ketika ini, terdapat pelbagai jenis kaedah pembayaran disediakan buat para pelanggan.

Antara yang sering digunakan oleh orang ramai adalah pembelian secara ansuran di mana mereka boleh memilih untuk membayar produk yang dibeli selama tiga bulan, enam bulan, 12 bulan dan sebagainya.

Namun begitu adakah sistem ‘beli dulu, bayar kemudian’ efisien dan membawa kepada kebaikan?


Wanita Ini Kongsi Pandangan Tentang Pembelian Secara Ansuran

Baru-baru ini tukar satu ciapan di laman X (Twitter @Miyabellsoz), apabila wanita dikenali sebagai Miyabell berkongsi pendapatnya tentang pembelian secara ansuran (installment) bulanan.

Jelasnya, pembelian ansuran menggunakan pelbagai aplikasi tersedia telah menjadi satu norma di kalangan masyarakat pada masa kini.

Tambah Miyabell, tabiat tersebut adalah tidak bagus kerana ia hanya akan menambahkan hutang seseorang individu itu.

Sumber: Unsplash

What is happening to our society, makin ramai yang berhutang benda tak perlu. Hutang is a bad habit and contagious.

Miyabell.

Baca Artikel Berkaitan: 30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang – BNM


Segelintir Generasi Muda Tiada Simpanan Wang

Menerusi hantaran sama, wanita tersebut turut menjelaskan bahawa hutang sepatutnya berlaku dalam situasi terdesak dan bukannya untuk membeli barang-barang kehendak seseorang.

Segelintir individu yang menggunakan perkhidmatan itu juga dikatakan berbangga dengan tindakan mereka yang menambahkan lagi bebanan hutang.

Sumber: Unsplash

Tak mampu buat cara tak mampu. Sebab I have seen a lot of youngsters berhutang keliling pinggang. Ada gaji je habis bayar hutang and simpanan tiada langsung.

Miyabell.

Wanita tersebut dalam sama menegaskan bahawa pandangannya ditujukan khas buat mereka yang mengamalkan tabiat berbelanja melebihi kemampuan.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Nak Pinjam Terlalu Lama? Ini 5 Tips Selesaikan Loan Rumah Dengan Cepat!


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Tentang Pembelian Secara Ansuran

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen dilihat bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh wanita berkenaan.

“Ya semestinya. Kena bezakan yang mana satu keperluan dan mana satu kehendak. Cukupkan yang keperluan. Ada duit lebih belanja untuk kehendak tanpa perlu berhutang melainkan (ansuran) 0% interest dan benefits lain,” kata seorang lelaki.

Pun begitu, ramai juga berpendapat bahawa penggunaan sesetengah perkhidmatan ansuran adalah lebih menguntungkan jika dibandingkan dengan pembayaran penuh.

“Kadangkala (ansuran) dapat pulangan tunai dan diskaun sebab tu kita guna,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga netizen menitipkan nasihat kepada orang ramai untuk melakukan pembelian secara ansuran ketika terdesak sahaja kerana penggunaan khidmat tersebut akan menjadi satu tabiat yang tidak terkawal pada masa akan datang.

“Saya pernah kena bayar balik RM5,000 sebulan… Pendek kata memang tak elok sebab makan diri. Kebanyakan (individu) tu jenis liat nak bayar (hutang). Ada orang memang terdesak memerlukan duit jadi aplikasi perkhidmatan ansuran membantu untuk kecemasan sahaja! Kena berbelanja dengan bijak tetapi saya tak galakkan,” jelas seorang warganet.

Sumber: X

Tips Tingkatkan Simpanan

Seperti yang diperkatakan oleh Miyabell, dia mendapati ramai kenalannya tidak mempunyai simpanan wang untuk kecemasan.

Buat mereka yang sedang berdepan dengan masalah sama, di sini kami kongsikan beberapa tips mudah untuk menabung. Antaranya:

Sumber: Freepik
  • Semak semula perbelanjaan bulanan anda. Jika tidak mampu maka elakkan beli barangan baru.
  • Menyelesaikan hutang terlebih dahulu sebelum menambah apa-apa komitmen.
  • Bersedekah walaupun sedikit.
  • Simpan sesetengah simpanan dalam tabung.
  • Elakkan daripada selalu melayari aplikasi e-dagang.

Pesanan mesra buat semua, belum terlambat lagi untuk menabung. Bak kata satu pepatah, “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.”

Baca Artikel Berkaitan: Nak Menabung Tapi Tak Tahu Cara? Boleh Try Tips Mudah Ini

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.