fbpx
Now Reading
Pemuda Hilang Lepas Keluar COD Telefon Rupanya Sembunyi Dari Pemungut Hutang – Polis

Pemuda Hilang Lepas Keluar COD Telefon Rupanya Sembunyi Dari Pemungut Hutang – Polis

Pihak polis sebelum ini memohon pemuda yang didakwa hilang sejak 3 Oktober yang lalu ketika membuat penghantaran telefon bimbit itu untuk tampil ke balai bagi membantu siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak minggu lalu, kecoh tentang kehilangan seorang pemuda yang berusia 27 tahun ketika membuat urusan jualan telefon pintar di Georgetown, Pulau Pinang.

Insiden kehilangan lelaki berkenaan mula mendapat perhatian apabila ibu saudaranya memuat naik hantaran di Instagram bagi memohon bantuan orang ramai mencari anak buahnya itu.

Walau bagaimanapun, pada 7 Oktober yang lalu, seorang wanita yang dipercayai ibu saudara mangsa menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya telah mengumumkan berita gembira bahawa pemuda berkenaan telah dijumpai dalam keadaan selamat namun dikatakan agak trauma.

Susulan daripada penemuan ini, polis telah meminta mangsa yang didakwa hilang untuk menghadirkan diri ke balai polis bagi membantu siasatan.

Bukan Diculik, Tapi Sembunyikan Diri Dari Pemungut Hutang

Terbaharu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pemuda berkenaan telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Ahad (8 Oktober) bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, berdasarkan rakaman keterangan yang dibuat, pemuda itu telah menyembunyikan diri daripada pemungut hutang. Ini sekaligus menafikan tanggapan orang ramai yang pemuda itu diculik dan sebagainya.

Malah, beliau memaklumkan tiada sebarang kejadian berlaku kepada pemuda itu.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas dirinya.

“Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Terdahulu, pihak polis sebelum ini memohon pemuda berkenaan untuk membuat tampil ke balai bagi membantu siasatan.

Menurut Hussein, polis sedang mengesan mangsa bagi mendapatkan maklumat berhubung insiden tersebut namun dia dan tunangnya gagal dikesan oleh pihak polis.

Untuk info, keluarga sebelum ini mendakwa pemuda berkenaan telah diselamatkan oleh seorang pemandu lori sebelum pulang ke pangkuan keluarga pada Sabtu (7 Oktober) lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Sempat Video Call Tunang Minta Tolong, Lelaki Hilang Lepas Keluar COD Telefon Pintar

Baca Artikel Berkaitan: Hilang Lepas Keluar COD Telefon: Muhammad Daniel & Tunang Diminta Tampil Ke Balai Untuk Siasatan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.